Mungyeong Saejae (Hangul: 문경새재) ialah genting gunung di tengah Korea Selatan. Ia terletak di Gunung Joryeong antara puncak utama (1017 m) dan Puncak Sinseon (967 m). Genting itu sendiri naik hingga 642 meter (2,106 ka) atas permukaan laut. Mungyeong Saejae menghubungkan Bandar Mungyeong, wilayah Gyeongsang Utara dengan Kaunti Goesan di wilayah Chungcheong Utara. Air yang mengalir turun dari sisi jalan Mungyeong akhirnya mengalir ke Sungai Nakdong dan masuk ke Laut Jepun di Busan. Aliran dari belah Goesan akhirnya mengalir ke Sungai Han, yang melalui Seoul untuk bertemu Laut Kuning di Incheon.

Mungyeong Saejae
Nama Korea
Hangul문경새재
Hanja
Perumian SemakanMungyeong Saejae
McCune–ReischauerMun'gyŏng Saejae

Genting itu juga dikenali dengan nama Joryeong (조령, 鳥嶺). Kedua-dua nama itu secara harfiah bermaksud "laluan burung," dan mungkin menandakan "laluan yang sangat tinggi sehingga burung juga sukar untuk menyeberangi."

Genting ini terkenal sebagai satu-satunya tempat jalan lama antara Seoul dan Busan, Jalan Besar Yeongnam, masih untuh sama seperti ketika Dinasti Joseon. Pada 4 Jun 1981, kawasan di sekitar lorong Mungyeong diisytiharkan sebagai Taman Wilayah Mungyeong Saejae, yang kini menjadi tarikan pelancong yang signifikan. Selain jalan dan pemandangan sekitarnya, taman ini memiliki sebuah muzium dan hotel pelancongan, bersama dengan sebuah desa kecil yang mempunyai perniagaan untuk pelancong.

Semasa zaman Joseon, Mungyeong Saejae memainkan peranan penting sebagai pintu masuk dan keluar dari wilayah Gyeongsang. Para cendekiawan, pedagang dan pegawai pemerintah dari Gyeongsang harus melalui genting ini ketika pergi ke atau dari Seoul. Tiga pintu gerbang besar yang mempertahankan kawalan laluan ketika itu masih ada, walaupun orang yang melaluinya sekarang hanyalah pelancong.

Mungyeong Saejae ialah subjek sekurang-kurangnya sebuah lagu rakyat tradisional Korea dalam gaya arirang.

Gambar sunting

 
Patung totem Taman Mungyeong
 
Set Filem Terbuka Mungyeong Saejae
 
Gerbang kedua Mungyeong Saejae

Rujukan sunting

Lihat juga sunting

Pautan luaran sunting

Koordinat: 36°46′01″N 128°04′27″E / 36.76694°N 128.07417°E / 36.76694; 128.07417