Muzaf Ahmad
Muzaf Ahmad atau nama sebenarnya Ahmad Muzaffar bin Baharudin merupakan salah seorang penulis sastera Malaysia. Beliau merupakan lulusan ijazah sarjana dalam bidang Kejuruteraan Elektronik dari Universiti Keio, Jepun. Antara pendidikan awal beliau adalah di SK Leban Chondong, SMK Seri Rompin dan Kolej Melayu Kuala Kangsar. Beliau mencapai keputusan cemerlang 11A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 sekaligus terpilih salah seorang penerima Anugerah Pelajar Cemerlang Berita Harian (APC-BH) 2008, selain Nik Nur Madihah Nik Mohamad Kamal pelajar terbaik SPM 2008.
Muzaf Ahmad | |
---|---|
Lahir | 1991 (umur 32–33) Pekan, Pahang, Malaysia |
Pekerjaan | Penulis |
Bahasa | Melayu, Jepun |
Warganegara | Malaysia |
Alma mater | Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Rompin, Malaysia, MCKK, Malaysia; Universiti Keio, Jepun |
Genre | Fiksyen: Novel, Cerpen , Sajak dan artikel |
Beliau juga merupakan seorang penulis sastera di Malaysia. Selain menerbitkan novel, kumpulan puisi dan kumpulan cerpen, beliau memenangi beberapa anugerah sayembara penulisan dan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) 2012/2014/2015. Beliau juga telah dinobatkan sebagai pemenang utama Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) bagi kategori kumpulan puisi tahun 2014 menerusi kumpulan puisi Jaulah Sampai Syurga dan memenangi kategori sama dalam Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2017/2018 menerusi buku kumpulan puisi Sepasang Sayap di Bahu.
Bergiat aktif dalam aktiviti dan persatuan kesusasteraan, beliau merupakan mantan peserta program penulisan MASTERA (Puisi) 2017 yang mengumpulkan penyair serantau dari Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.
Karya Diterbitkan sunting
Novel sunting
- Kuantum Dalam Jemala, 2017
Kumpulan Cerpen sunting
- Syahid ke Syurga, 2015
Kumpulan Puisi sunting
- Jaulah Sampai Syurga, 2014
- Sepasang Sayap di Bahu, 2018
Antologi Kumpulan Puisi sunting
- Gema Membelah Gema 16, 2011
- Dandelion, 2012
- Lebuh Kehidupan, 2013
- Kota Tulip, 2013
Antologi Kumpulan Cerpen sunting
- Trem Ke Pintu Syurga, 2012
- Izrail Sibuk di Gaza, 2013
- Harga Sebuah Tablet, 2017
Antologi Kumpulan Cerpen & Puisi sunting
- Aku Kalis Peluru, 2013
- Tanah Tanpa Peta, 2014
- Melompat Keluar dari Mimpi, 2015
Kumpulan Artikel sunting
- Pelangi Dakwah, 2014
- Ilham Kembara: 21 Catatan Kembara, 2015
Kegiatan Sastera sunting
Penulis merupakan mantan peserta program MASTERA: Puisi 2017 bertempat di Bogor, Indonesia.
Pencapaian sunting
Hadiah Sastera sunting
- Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) menerusi cerpen eceran Kanibal Hutan Seberang, 2012
- Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) menerusi puisi eceran Jaulah Sampai Syurga, 2014
- Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2014 menerusi buku kumpulan puisi Jaulah Sampai Syurga, 2014 [1]
- Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) menerusi puisi eceran Denting Waktu, 2015
- Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2015/2016 menerusi puisi eceran Peniup Seruling Marionette, 2015
- Hadiah Sastera Perdana Malaysia(HSPM) 2017/2018 menerusi buku kumpulan puisi Sepasang Sayap di Bahu, 2017 [2]
- Hadiah Sastera Majlis Sastera Asia Tenggara (Hadiah MASTERA) ke-9 (2021) menerusi buku kumpulan puisi Sepasang Sayap di Bahu, 2021
Sayembara sunting
- Tempat kedua Sayembara GKLN bahagian Asia-Australasia 2013
- Saguhati Pertandingan Mencipta Sajak anjuran Lembaga Pertubuhan Peladang dan NAFAS 2013
- Saguhati Sayembara Novel Kanak-Kanak DBP-ANGKASA 2013/2014
- Saguhati Sayembara Fiksyen Sains & Teknologi Musim ke-4
- Finalis Sayembara Puisi Kata-Pilar 2017/2018
Rujukan sunting
- ^ "PEMENANG HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA 2014 KATEGORI A: (BUKU) – HADIAH BERNILAI RM10,000.00 BAGI SETIAP". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-01-26. Dicapai pada 2016-01-09.
- ^ Wartawan BH menang Kategori Cerpen Eceran HSPM[pautan mati kekal]