Nani Widjaja (Ejaan yang Disempurnakan: Nani Wijaya (10 November 1944 - 16 Mac 2023) ialah seorang pelakon wanita Indonesia yang telah memenangi dua Anugerah Citra bagi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.

Nani Wijaya
Kelahiran(1944-11-10)10 November 1944
Meninggal dunia16 Mac 2023(2023-03-16) (umur 78)
Kota Administrasi Jakarta Selatan, DKI Jakarta, Indonesia
Sebab kematianDemensia
WarganegaraIndonesia
PekerjaanPelakon
AnugerahAnugerah Citra untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (dua kali)

Biografi sunting

Nani dilahirkan di Cirebon, Jawa Barat, pada 10 November 1944.[1] Semasa lewat 1950an, beliau menunjukkan mindat terhadap bidang lakonan. Beliau membuat kemunculan sulung di layar lebar menerusi filem Lilik Sudjio Darah Tinggi pada 1960.[2] Semasa pada 1960an beliau lebih banyak berlakon dalam peranan pembantu,[2] walaupun mempunyai peranan utama, seperti dalam filem arahan Rd Ariffien Di Balik Dinding Sekolah (1961) dan filem arahan Misbach Yusa Biran Menjusuri Djedjak Berdarah (1967).[1]

Nani mengambil pendidikan universiti dalam kriminologi dari Universiti Indonesia,[2] dan pada 1973 beliau menamatkan pelajarannya dalam bengkel lakonan dari Parfi dan Institut Seni Jakarta.[2] Semasa pada 1970an dan 1980an beliau kerap aktif, sering mengambil pelbagai peranan dalam satu tahun.[3] Semua karya pencalonannya di Anugerah Citra telah disiapkan pada masa ini.[4]

Selepas industri filem Indonesia runtuh pada tahun 1993, Widjaja berhijrah ke televisyen. Beliau berlakon dalam beberapa sinetron seperti Gara-Gara (1993), Bung Besar (1993), Aku Mau Hidup (1994), Mat Beken (1995), Cinta Buat Monita (1995), Masih Ada Kapal ke Padang (1995), Penantian (1997), Gara-gara Plus (1997).[2] Nani kembali ke filem layar lebar pada 2007 menerusi filem arahan Rudi Soedjarwo Cintapuccino. Beliau terus muncul dalam filem, walaupun pada kadar yang lebih dikurangkan. Beliau juga tetap aktif di televisyen.[3] Menurut laman web Taman Ismail Marzuki, peranan televisyen Nani yang paling dikenali ialah sebagai ibu dalam Bajaj Bajuri.[1]

Setakat September 2013, Nani telah berlakon dalam 111 filem; dalam kebanyakan beliau memegang watak ibu atau nenek.[3] Beliau telah memenangi dua Anugerah Citra untuk Pelakon Terbaik, satu pada tahun 1978 untuk Yang Muda Yang Bercinta dan satu pada tahun 1983 untuk biopik R.A. Kartini, daripada lima pencalonan.[4] Dalam filem kedua, beliau memegang watak Mas Ayu Ngasirah, ibu Kartini.[5]

Nani telah berkahwin dengan aktivis filem dan bekas pengarah Misbach Yusa Biran. Beliau meninggal dunia pada tahun 2012. Dua daripada lima anak-anak mereka juga memasuki industri filem.[6] Salah seorang daripada mereka, Sukma Ayu, terkenal dengan watak tomboy bernama Rohaye dalam sitkom Kecil Kecil Jadi Manten, Sukma Ayu meninggal pada 2004.[7]

Filemografi sunting

Filem sunting

Sumber: (filmindonesia.or.id, Filmografi)

  • Darah Tinggi (1960)
  • Dibalik Dinding Sekolah (1961)
  • Dilereng Gunung Kawi (1961)
  • DKN 901 (1962)
  • A Sing Sing So (1963)
  • Dibalik Awan (1963)
  • Kami Bangun Hari Esok (1963)
  • Njanjian Dilereng Dieng (1964)
  • Penjesalan (1964)
  • Takkan Lari Gunung Dikedjar (1965)
  • Dibalik Tjahaja Gemerlapan (1966)
  • Tikungan Maut (1966)
  • Menjusuri Djedjak Berdarah (1967)
  • Nenny (1968)
  • Operasi X (1968)
  • Djampang Mentjari Naga Hitam (1968)
  • Honey, Money and Djakarta Fair (1970)
  • Cinta Pertama (1973)
  • Dimadu (1973)
  • Si Doel Anak Betawi (1973)
  • Dewi (1974)
  • Seruling Senja (1974)
  • Karmila (1974)
  • Wulan di Sarang Penculik (1975)
  • Remaja 76 (1976)
  • Kenangan Desember (1976)
  • Garis-garis Hidup (1977)
  • Senyum Nona Anna (1977)
  • Secerah Senyum (1977)
  • Sisa Feodal (1977)
  • Gara-gara Janda Kaya (1977)
  • Cinta Biru (1977)
  • Jumpa di Persimpangan (1977)
  • Dukun Beranak (1977)
  • Yang Muda Yang Bercinta (1977)
  • Jaringan Antar Benua (1978)
  • Kasus (Kegagalan Cinta) (1978)
  • Roda-Roda Gila (1978)
  • Binalnya Anak Muda (1978)
  • Pacar Seorang Perjaka (1978)
  • Harmonikaku (1979)
  • Puspa Indah Taman Hati (1979)
  • Bukan Sandiwara (1980)
  • Yang Kembali Bersemi (1980)
  • Rayuan Gombal (1980)
  • Darna Ajaib (1980)
  • Sekuntum Duri (1980)
  • Permainan Bulan Desember (1980)
  • Tempatmu di Sisiku (1980)
  • Kembang Padang Kelabu (1980)
  • Nostalgia di SMA (1980)
  • Gema Hati Bernyanyi (Setitik Embun) (1980)
  • Melodi Cinta (1980)
  • Roman Picisan (1980)
  • Butir-Butir Cinta tak Bertepi (1981)
  • Fajar yang Kelabu (1981)
  • Remang-remang Jakarta (1981)
  • Bila Hati Perempuan Menjerit (1981)
  • Bunga Cinta Kasih (1981)
  • Bercanda Dalam Duka (1981)
  • Bawalah Aku Pergi (1981)

  • R.A. Kartini (1982)
  • Yang (1983)
  • Dilihat Boleh Dipegang Jangan (1983)
  • Ke Ujung Dunia (1983)
  • Tirai Malam Pengantin (1983)
  • Ranjau-Ranjau Cinta (1984)
  • Kerikil-Kerikil Tajam (1984)
  • Pencuri Cinta (1984)
  • Untuk Sebuah Nama (1985)
  • Arie Hanggara (1985)
  • Serpihan Mutiara Retak (1985)
  • Opera Jakarta (1985)
  • Tak Ingin Sendiri (1985)
  • Kesan Pertama (1985)
  • Satu Mawar Tiga Duri (1986)
  • Tak Seindah Kasih Mama (1986)
  • Tahu Sama Tahu (1986)
  • Di Dadaku Ada Cinta (1986)
  • Selamat Tinggal Jeanette (1987)
  • Catatan Si Boy (1987)
  • Mekar Diguncang Prahara (1987)
  • Luka di Atas Luka (1987)
  • Setegar Gunung Batu (1988)
  • Misteri dari Gunung Merapi (Penghuni Rumah Tua) (1989)
  • Semua Sayang Kamu (1989)
  • Catatan Si Boy III (1989)
  • Komar Si Glen Kemon Mudik (1990)
  • Gampang-Gampang Susah (1990)
  • Catatan Si Boy IV (1990)
  • Ikut-Ikutan (1990)
  • Ricky (Nakalnya Anak Muda) (1990)
  • Ratapan Anak Tiri III (1990)
  • Pengantin (1990)
  • Dua Kekasih (1990)
  • Taksi (1990)
  • Saat Kukatakan Cinta (1991)
  • Ketika Senyummu Hadir (1991)
  • Perawan Metropolitan (1991)
  • Nada dan Dakwah (1991)
  • Pengantin Remaja (1991)
  • Nuansa Gadis Suci (Kamar Tiga Perawan) (1992)
  • Gara-gara (1993)
  • Tahu Beres (1993)
  • Cintapuccino (2007)
  • Doa Yang Mengancam (2008)
  • Paku Kuntilanak (2009)
  • Perjaka Terakhir (2009)
  • Maling Kutang (2009)
  • Ummi Aminah (2012)
  • Mama Cake (2012)

Sinetron sunting

  • Gara Gara
  • Masih Ada Kapal Ke Padang
  • Doa Membawa Berkah
  • Doa Membawa Berkah 2
  • Wah Cantiknya
  • Wah Cantiknya 2
  • Si Cecep
  • Cintaku Di Rumah Susun
  • Cintaku Di Rumah Susun 2

Rujukan sunting

Sumber petikan sunting

  • "Filmografi Nani Widjaja". filmindonesia.or.id. Konfiden Foundation. Dicapai pada 8 September 2013. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)
  • "Nani Widjaja". filmindonesia.or.id. Konfiden Foundation. Dicapai pada 8 September 2013.
  • "Nani Widjaja". Taman Ismail Marzuki. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-05. Dicapai pada 8 September 2013.
  • "Penghargaan Nani Widjaja". filmindonesia.or.id. Konfiden Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-08-16. Dicapai pada 16 August 2013. Cite has empty unknown parameter: |trans_title= (bantuan)
  • "R.A. Kartini". filmindonesia.or.id. Konfiden Foundation. Dicapai pada 8 September 2013.
  • Rostanti, Qommarria (11 April 2012). "Nani Widjaja Tabah Hadapi Kepergian Suami". Republika. Dicapai pada 8 September 2013.
  • "Sitcom star Sukma Ayu dead at 25". The Jakarta Post. 26 September 2004. Dicapai pada 8 September 2013.

Pautan luar sunting