Nieuport 17 merupakan kapal terbang yang dihasilkan oleh Société Anonyme des Établissements Nieuport yang diasaskan di Issy-les-Moulineaux, Paris pada tahun 1910. Ia aktif pada tahap awal penerbangan Eropah. Ketika perang antara Perancis dengan Jerman meletus pada Ogos 1914, Société Anonyme des Établissements Nieuport telah cukup mantap untuk memulakan rekaan dan menghasilkan siri kapal terbang pejuang yang digunakan secara meluas oleh pihak Perancis dan sekutunya bagi menentang pihak Jerman.

Nieuport 17
[[
|300px|center]]
Peranan Fighter
Pengeluar Nieuport
Penerbangan pertama Januari 1916
Pengenalan Mac 1916
Syarikat penerbangan utama Aéronautique Militaire
Variasi Nieuport 23
Charles Nungesser's Nieuport 17
Nieuport 17 tpinġija

Nieuport 17 telah direka oleh Gustave Delage, dan merupakan kapal terbang sayap berkembar solo yang biasa digunakan pada masa awal Perang Dunia Pertama. Nieuport 17 memiliki reka bentuk satu ruang sayap berkembar, berikat, struktur badannya diperbuat daripada kayu kecuali dibahagian hadapan yang memiliki tiub keluli dipetri yang diselitupi dengan penutup aluminium di hadapan kokpit juruterbang. Di bahagian belakang, keseluruhan struktur kayu ditutup dengan fabrik, sebagaimana pada sayap dan permukaan ekor, dengan sayap bawah 'sesquiplane' lebih sempit, hanya separuh keluasan sayap atas. Gear pendaratan adalah jenis gelincir ekor ("tailskid"), unit utama terdiri dari sokongan ikatan Vee diikat wayar melalui paksi.

Escadrille N 124 dalam pasukan udara Perancis yang dikendali oleh sukarelawan Amerika, dan dipindahkan ke USAS pada Februari 1918 bagi menjadi skuarden pengejar pertama beraksi. Secara rasminya Skuarden Udara ("Aero Squadron") ke-103, mereka lebih dikenali sebagai skuarden 'La Fayette'.

Pesawat Nieuport 17 awal memiliki enjin berputar Le RhBne 9J 110-kuasa kuda (82-kW) atau, bagi Nieuport 17-bis, oleh enjin Clerget 9B 130-kuasa kuda (97-kW). Ia digunakan secara meluas oleh pihak Berikat, perolehan AEF dihadkan pada 75 Nieuport 17-an yang digunakan bagi latihan, dan satu Nieuport 17-bis yang dihantar ke Amerika Syarikat bagi ujian dan kajian.

Nieuport 21, yang merupakan variasi bagi Nieuport 17, diperkenalkan dengan enjin Le RhBne 9C 80-kuasa kuda (60-kW) dan aileron yang lebih besar, tetapi selain itu hanya sedikit berbeza. Dua versi diperolehi oleh AEF, Nieuport 21 awal (jumlah keseluruhan 181), tambah 17 variasi dengan enjin Le RhBne 9J, kesemuanya 198 digunakan dalam peranan latihan. Versi akhir langsung keluarga ini adalah Nieuport 23, yang lebih lasak (dan dengan itu lebih berat) versi bagi Nieuport 17. Perolehan AEF bagi ini hanyalah 50 buah (juga untuk latihan) terdiri dari variasi dengan enjin Le RhBne (keseluruhan 47) dan 9J (3).

Rujukan sunting

  • FIGHTER OF THE UNITED STATES AIR FORCE, From World War I Pursuits to the F-117, Robert F. Dorr & David Donald, Temple Press Aerospace, 1990