Nostalgia Malindo (album Noraniza Idris)
Nostalgia Malindo atau tajuk asalnya adalah 10 Pujaan Malindo merupakan sebuah album studio pertama Noraniza Idris dan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh beliau merupakan lagu 'cover version' iaitu lagu-lagu yang pernah dipopularkan oleh artis-artis tempatan dan juga dari negara seberang (Indonesia). Album ini dirakam secara bersiri sebanyak 2 volume yang diterbitkan pada tahun 1986 dan 1987. Bagaimanapun album ini mendapat sambutan luar biasa sehingga Noraniza Idris berpeluang merakam sebuah lagi album yang berkonsep sebegini.
10 Pujaan Malindo | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | 1986 | |||
Tempat | Malaysia | |||
Genre | Pop | |||
Bahasa | Bahasa Melayu Malaysia | |||
Syarikat | Life Records | |||
Penerbit | Life Production | |||
Kronologi Noraniza Idris | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Kerana popularnya album ini, Noraniza pernah diberi jolokan sebagai 'Ratu Ciplak' kerana sering menyanyikan semula lagu orang sedangkan tidak berkesempatan merakamkan lagu nyanyian asal sendiri. Kebanyakkan muzik video di dalam album ini dirakamkan di kota Jakarta.
Senarai runut sunting
- "Bunga Dan Kumbang"
- "Anak Tani (Singkong & Keju)"
- "Wajah Siapa Di Hatimu"
- "Untuk Sekali Lagi"
- "Salam Dari Kota"
- "Jikalau Tak Sehaluan"
- "Si Jantung Hati"
- "Hatiku Kau Curi Lagi"
- "Cintaku Sampai Ke Ethiopia"
- "Usah Bertanya Lagi"