Oh My Hantaran ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan Shuhaimi Luaa. drama bersiri ini dibintangi Noki K-Clique dan Elisya Sandha. Siri ini memulakan tayangan di Slot Diandra, (TV9) bermula 29 Disember 2021 menggantikan Mr. Millennium.

Oh My Hantaran
GenreKomedi
Cinta
Ditulis olehMF Kenchana
PengarahSuhaimi Lua
Dibintangi oleh
Noki K-Clique
Elisya Sandha
MK K-Clique
Anna Jobling
Alif Hadi
Lagu pembukaan"Payung Pelangi" nyanyian K-Clique
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20 Episod
Penerbitan
Penerbit eksekutifShuhaimi Lua
PenerbitShuhaimi Lua
Tempoh siaran42 Minit
Syarikat penerbitan
Tanah Beris Film Production
Penyiaran
Saluran asalTV9
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal29 Disember 2021 – 1 Februari 2022
Kronologi
MengikutiMr. Millennium
Diikuti olehTumpang Lalu Bang

Sinopsis sunting

Mengisahkan Mira (Elisya Sandha), gadis idaman kampung yang bercinta dengan Mail (Noki K-Clique), seorang pemuda kampung yang sangat menghormati orang tua. Namun, hubungan mereka tidak direstui oleh ayah Mira, Encik Sabri (Rosli Rahman Adam). Mail seorang yang rajin berusaha dan bekerja dengan Pak Hassan yang dianggap sebagai ayah.

Encik Sabri mengharapkan Mira, satu-satu anaknya itu berkahwin dengan Rizal (MK K-Clique), iaitu anak kepada ketua kampung. Rizal berkelulusan ijazah universiti malahan dia bakal mewarisi tanah dan perniagaan kampung ayahnya. Sebenarnya Rizal seorang gengster kampung yang digeruni oleh pemuda kampung tetapi dia selalu berlagak baik di depan orang tua.

Encik Sabri menetapkan syarat kepada Mail untuk menyediakan wang hantaran sebanyak RM51,000 dalam masa sebulan jika ingin berkahwin dengan Mira. Demi cinta, Mail berusaha untuk mengumpul jumlah duit itu dalam tempoh yang singkat. Rizal yang mula menyukai Mira dari zaman sekolah lagi telah bersumpah untuk memiliki Mira dengan apa jua cara pun.

Dalam keadaan buntu mencari jalan, ibu Mail akhirnya menyuruh Mail berjumpa dengan ayah kandungnya, Malek di Kuala Lumpur. Tanpa dijangka, Malek meminta Mail untuk mendapatkan kembali wangnya dari para penghutang.

Mail akan diberikan ganjaran berdasarkan jumlah kutipan itu. Bermulalah cabaran Mail sebagai seorang pemungut hutang demi mencari duit dalam kadar segera. Mail tidak ingin kehilangan Mira dan dia terpaksa merahsiakan kegiatan itu daripada pengetahuan Mira. Adakah Mail akan berjaya dan mengecapi kebahagiaan bersama Mira? Bagaimana pula dengan Rizal yang tidak berputus asa untuk menawan hati Mira?

Pelakon sunting

Rujukan sunting