Oliver Baumann (lahir 2 Jun 1990) ialah pemain bola sepak profesional Jerman yang kini bermain sebagai penjaga gol dan kapten kelab Bundesliga TSG 1899 Hoffenheim.[2]

Oliver Baumann
Baumann bersama TSG 1899 Hoffenheim pada 2019
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1990-06-02) 2 Jun 1990 (umur 33)[1]
Tempat lahir Breisach, Jerman Barat
Ketinggian 1.87 m (6 ka 2 in)[1][2]
Posisi permainan Penjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkini
TSG 1899 Hoffenheim
Nombor 1
Kerjaya remaja
FC Bad Krozingen
2002–2009 SC Freiburg
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2009–2010 SC Freiburg II 22 (0)
2010–2014 SC Freiburg 131 (0)
2014– TSG 1899 Hoffenheim 325 (0)
Pasukan kebangsaan
2008 Jerman B-18 1 (0)
2008–2009 Jerman B-19 7 (0)
2010 Jerman B-20 2 (0)
2010–2013 Jerman B-21 10 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 13 April 2024

Kerjaya kelab sunting

SC Freiburg sunting

Skuad belia dan B sunting

Oliver Baumann menyertai skuad belia SC Freiburg pada tahun 2002. Selepasnya ia tampil dalam 104 perlawanan belia Bundesliga dan tampil dalam 21 perlawanan untuk skuad B SC Freiburg

Perlawanan senior sunting

Pada musim Bundesliga 2009-10, Baumann pertama kali tampil dalam perlawanan pangkal menentang Borussia Dortmund dengan kemenangan 3–1.[3] Dia mulai rasmi dipilih sebagai penjaga gol utama SC Freiburg pada musim selepasnya.[perlu rujukan] Pada bulan Jun 2011, dia menanda tangani perpanjangan kontrak khidmat kelab sehingga 2015.[4] Pada musim Bundesliga 2011–12 dan 2012–13, Baumann tampil dengan keseluruhan 73 penampilan, 67 di antaranya untuk perlawanan di liga.

Pada musim 2013–14, dia tampil sebagai penjaga gol pada permulaan pusingan Liga Europa UEFA dan DFB-Pokal. Pada perlawanan menentang Hamburg SV, Baumann harus merelakan gawang yang ia jaga tembus oleh serangan penentang dengan mata 3–0.[5] Pada perlawanan selepasnya, ia membuat penampilan terbaik untuk Freiburg semasa menentang Nürnberg dengan menghalangi jaringan gol penentang dan berjaya menyokong kelabnya untuk menang bersih.[6] Pada 24 September 2013, Baumann memadamkan kontrak lamanya dan pindah dari kelab.[7]

TSG 1899 Hoffenheim sunting

Pada tarikh 14 Mei 2014, Baumann rasmi menyertai TSG 1899 Hoffenheim dengan menanda tangani kontrak berkhidmat untuk kelab selama empat tahun.[8] Dia telah ditunjuk sebagai skuad semasa Hoffenheim sejak awal musim Bundesloga 2014-15 dan rasmi sebagai kapten pada tahun 2022 meneruskan jawatan Benjamin Hübner selepas persaraannya.[9]

Kerjaya antarabangsa sunting

Setakat kini Baumann masih belum memulakan penampilan seniornya untuk Jerman, tetapi ia telah tampil pada perlawanan junior B-18 sehingga kelas B-21. Penampilan perdana dan satu-satunya Bauman ialah pada kelas Pasukan Belia Jerman B-18 dalam perlawanan pertunjukan menentang Republik Ireland. Jerman belia B-18 ditewaskan dengan mata 2–3.

Baumann tampil empat kali dalam kelas belia B-19 dan keempatnya pada perlawanan pertunjukan. Pada salah satu demonstrasi, dia dan rakan-rakannya berjaya menang bersih dalam menentang Estonia B-19. Pada kelas B-20, dia dua kali tampil yaitu semasa menentang Switzerland B-20 dan Itali B-20.

Pada musim perlawanan 2010–11, dia dipanggil sebagai penjaga gol simpanan untuk skuad semasa Jerman B-21 dan tampil dalam empat perlawanan, semua perlawanan di mana ia tampil ialah perlawanan pertunjukan, penjagaannya ditembus penentang enam kali perlawanan itu. Sejak itu ia hanya tampil lima kali dalam tiga musim perkhidmatannya untuk kelas B-21.[perlu rujukan]

Baumann mendapat panggilan untuk pasukan kebangsaan Jerman dalam Liga Negara-Negara UEFA dalam menentang Sepanyol dan Switzerland pada bulan September 2020, tetapi ia tidak tampil sebagai skuad semasa pada kejohanan itu.[10]

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Oliver Baumann | TSG Hoffenheim | Player Profile | Bundesliga". bundesliga.com. DFL. Dicapai pada 16 September 2022.
  2. ^ a b "Steckbrief Oliver Baumann". TSG 1899 Hoffenheim. Dicapai pada 3 August 2022.
  3. ^ "Bundesliga 34. Spieltag: SC Freiburg – Borussia Dortmund". Zeit Online (dalam bahasa Jerman). 8 May 2010. Dicapai pada 28 June 2016.
  4. ^ "Oliver Baumann verlängert beim SC Freiburg". Badische Zeitung (dalam bahasa Jerman). 28 June 2011. Dicapai pada 28 June 2016.
  5. ^ "Bundesliga: Freiburg keeper Oliver Baumann was positive despite 3-0 loss to Hamburg". Sky Sports. 28 October 2013. Dicapai pada 28 June 2016.
  6. ^ "DARIDA FIRES FREIBURG PAST SORRY NÜRNBERG". bundesliga.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2014. Dicapai pada 12 September 2014.
  7. ^ "SC Freiburg verlängert vorzeitig mit Oliver Baumann". Badische Zeitung (dalam bahasa Jerman). 24 September 2013. Dicapai pada 28 June 2016.
  8. ^ "Oliver Baumann wechselt zur TSG". TSG 1899 Hoffenheim (dalam bahasa Jerman). 14 May 2014.
  9. ^ "Who are the Bundesliga's captains in 2023/24?".
  10. ^ "Löw: "Ich habe Verantwortung gegenüber den Spielern"" (dalam bahasa Jerman). DFB. 25 August 2020. Dicapai pada 6 September 2020.