Orang Xhosa di Afrika Selatan

Orang Xhosa ialah penutur keluarga bahasa Bantu yang pada asalnya tinggal di bahagian tenggara Afrika Selatan dan kemudian, pada dua abad yang lalu, tinggal juga di bahagian selatan dan tengah-selatan negara itu. Orang yang bertuturan bahasa Xhosa boleh dibahagikan kepada sebilangan subkumpulan yang memiliki warisan yang berasingan tetapi berkait. Subkumpulan utama termasuk Bhaca, Bomvana, Mfengu, Mpondo, Mpondomise, Xesibe, dan Thembu [2]. Nama "Xhosa" berasal daripada nama seorang ketua legenda yang dikenali sebagai uXhosa. Bagaimanapun, orang Xhosa merujuk kepada diri sendiri sebagai amaXhosa dan bahasa mereka sebagai isiXhosa. Oleb sebab orang amaXhosa merupakan orang yang ganas, terdapat juga teori bahawa perkataan xhosa berasal daripada sepatah perkataan bahasa Khoi-khoi atau San yang membawa pengertian "ganas" atau "marah".

Orang Xhosa di Afrika Selatan
Kawasan ramai penduduk
Eastern Cape, Western Cape, Gauteng, Free State, KwaZulu-Natal, North West, Mpumalanga, Northern Cape, Limpopo
Bahasa
Bahasa Xhosa, Bahasa Zulu, Bahasa Inggeris, Bahasa Afrikaans
Agama
Animisme, Kristian

Pada masa ini, terdapat sekitar lapan juta orang Xhosa yang tersebar di seluruh negara, dengan bahasa Xhosa merupakan bahasa negara yang kedua paling umum selepas bahasa Zulu, bahasa yang amat berkait. Sistem bantustan aparteid sebelum tahun 1994 menafikan kewarganegaraan Afrika Selatan kepada orang Xhosa, dan mencuba mengasingkan mereka ke "tanah air" Transkei dan Ciskei yang memiliki pemerintahan sendiri pada nama sahaja. Kebanyakan orang Xhosa kini masih tinggal di kedua-dua "tanah air" itu yang sekarang merupakan sebahagian Provinsi Eastern Cape. Banyak orang Xhosa juga tinggal di Cape Town (iKapa di Xhosa), London Timur (iMonti), dan Port Elizabeth (iBhayi).

Menjelang tahun 2003, sejumlah 5.3 juta orang yang merupakan sebahagian besar penutur bahasa Xhosa, tinggal di Eastern Cape, diikuti oleh Western Cape (lebih kurang sejuta), Gauteng (671,045), Free State (246,192), KwaZulu-Natal (219,826), North West (214,461), Mpumalanga (46,553), Northern Cape (51,228), dan Limpopo (14,225) [3].

Rujukan sunting

  1. ^ [1] Xhosa