Organisma termofil

Organisma termofil ialah organisma mikro yang memiliki pertumbuhan optima pada suhu di atas 45 °C hingga 90°, bahkan mencapai 122 °C.[1][2][3] Istilah termofil digunapakai dari bahasa Yunani thermos bermaksud panas.[1] Organisma lain, yang memiliki pertumbuhan optima pada suhu 20-45°C disebut organisma mesofil (Bahasa Yunani: messos bermaksud sedang), manakala organisma yang pertumbuhan optimalnya pada suhu di bawah 20°C disebut organisma psikrofil (Yunani: psuchros=dingin).[1] Bakteria yang tumbuh pada suhu 45-60° disebut organisma termofil fakultatif.[4] Kemudian, bakteria yang mampu tumbuh optima pada suhu di atas 60°C disebut bakteria termofil obligatif.[4]

Termofil menghasilkan beberapa warna cerah

Salah satu organisma yang bersifat termofil misalnya Aktinomiseta, iaitu jasad renik yang hidup pada sumber air panas, tumpukan sampah atau kotoran haiwan yang sedang dalam proses pengkomposan.[1] Bakteria tersebut juga dapat tumbuh di perut manusia dan haiwan kerana di dalamnya terjadi pencernakan dan pengkomposan.[1] Beberapa organisma termofil memiliki maksud ekonomi yang penting.[1] Namun sebaliknya, bakteria tersebut juga merugikan ketika menyebabkan kerosakan makanan dalam tin, dan dapat membahayakan kesihatan.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g (Indonesia)Hassan Shadily & Redaksi Ensiklopedi Indonesia (Red & Peny)., Ensiklopedi Indonesia Jilid 6 (SHI-VAJ). Jakarta: Ichtiar Baru-van Hoeve, hal. 3515
  2. ^ Madigan MT, Martino JM (2006). Brock Biology of Microorganisms (ed. 11th). Pearson. m/s. 136. ISBN 0-13-196893-9.
  3. ^ Takai T; dll. (2008). "Cell proliferation at 122 °C and isotopically heavy CH4 production by a hyperthermophilic methanogen under high-pressure cultivation" (PDF). PNAS. 105 (31): 10949–51. Bibcode:2008PNAS..10510949T. doi:10.1073/pnas.0712334105. PMC 2490668. PMID 18664583. Explicit use of et al. in: |author= (bantuan)
  4. ^ a b (Inggeris)Sinta Sasika., Kamis Bio Logi Sma. Jakarta: Gagas Media, 2010, hal. 63