Otto Carius

komander kereta kebal Tentera Darat Jerman

Otto Carius (27 Mei 1922 - 24 Januari 2015) merupakan seorang komander kereta kebal Jerman yang berkhidmat bersama Wehrmacht semasa Perang Dunia II. Beliau bertempur di Medan Timur pada 1943 dan 1944 dan di Medan Barat pada 1945. Carius dianggap sebagai "panzer ace", beberapa sumber memujinya dengan memusnahkan lebih daripada 150 kereta kebal musuh, walaupun Carius, dalam temu bual mendakwa beliau mempunyai rekod sekitar 100 buah kereta kebal dimusnahkan atau kurang. Ini juga disebabkan oleh fakta bahawa beliau tidak mengira kereta kebal yang dimusnahkan sebagai komander, dan sebaliknya hanya sebagai penembak. Beliau adalah penerima pingat Knight Cross berserta Daun Oak.

Otto Carius
Potret studio Otto Carius, 1944
Kelahiran(1922-05-27)27 Mei 1922
Zweibrücken, Republik Weimar
Meninggal dunia24 Januari 2015(2015-01-24) (umur 92)
Herschweiler-Pettersheim, Jerman
Kesetiaan Jerman Nazi
PerkhidmatanTentera Darat
Tahun perkhidmatan1940–45
PangkatEpaulet Oberleutnant Oberleutnant
UnitBatalion Panzer Berat ke-502
Batalion Panzerjäger Berat ke-512
PertempuranPerang Dunia Kedua
AnugerahKnight Cross berserta Daun Oak
Tugas lainAhli farmasi

Perang Dunia II sunting

Carius lulus dari sekolah pada 1940, setahun selepas bermulanya Perang Dunia Kedua. Beliau menyertai tentera dan hanya diterima selepas dua kali ditolak kerana tidak layak untuk perkhidmatan tentera kerana masalah kurang berat badan. Beliau pertama kali berkhidmat dalam infantri sebelum menjadi sukarelawan untuk cawangan Panzer; bapanya merujuk kepada kereta kebal sebagai "perangkap maut logam."[1][2] Carius telah dipindahkan ke Batalion Panzer Berat ke-502 pada 1943 dan bertempur di sektor utara Medan Timur.

Pada awal 1945 beliau dilantik sebagai komander kompeni Jagdtiger dari Batalion Anti-kereta kebal Berat ke-512, yang pada masa itu terlibat dalam pertempuran di Medan Barat. Pada 8 Mac 1945, Kompeni Ke-2 diarahkan ke barisan hadapan berhampiran Siegburg, di mana ia mengambil bahagian dalam pertahanan Rhine menentang tentera Amerika yang menyeberangi sungai, dengan kejayaan yang terhad. Akhirnya, selepas terperangkap dalam Poket Ruhr di timur Rhine, beliau mengarahkan semua Jagdtigernya dimusnahkan untuk menghalang pasukan musuh daripada menawan mereka secara utuh dan kemudian menyerah diri kepada Tentera AS pada 7 Mei. Dia dibebaskan dari kurungan pada 21 Mei, dua minggu kemudian.[3]

Beliau dianggap sebagai "panzer ace", dikreditkan dengan memusnahkan lebih daripada 150 kereta kebal musuh; kebanyakan rekod pemusnahannya adalah di Medan Timur.[4] Beliau mendakwa dalam autobiografinya bahawa krew penembaknya menembak jatuh pesawat Soviet yang menyerang kereta kebal mereka, berkemungkinna jenis IL-2 dengan meriam utama Tiger I 88mm pada akhir 1943 di Medan Timur.[5]

Kehidupan pasca perang sunting

Selepas perang, Carius belajar bidang farmasi di Universiti Heidelberg dan menubuhkan sebuah farmasi yang dinamakannya "Apotheke Tiger" sebagai penghormatan kepada kereta kebal Tiger. Dia juga mengarang buku tentang pengalaman perangnya yang dipanggil "Tigers in the Mud", yang dikeluarkan pada tahun 1960. Carius mengendalikan farmasinya sehingga bersara pada tahun 2011. Dia meninggal dunia pada 24 Januari 2015 pada usia 92 tahun.[6]

Karya sunting

Anugerah sunting

  • Iron Cross (1939) Kelas Kedua (15 September 1942) & Kelas Pertama (23 November 1943)[8]
  • Knight Cross berserta Daun Oak
    • Knight Cross pada 4 Mei 1944 sebagai Leutnant dari Pasukan Simpanan dan ketua platun dalam 2./schwere Panzer-Abteilung 502[9]
    • Daun Oak ke-535 pada 27 Julai 1944 sebagai Leutnant Simpanan dan ketua 2./schwere Panzer-Abteilung 502[9]
  • Lencana Panzer dalam Gred 2 Perak (15 Julai 1944) & Gred 3 (1 September 1944)[10]
  • Lencana Cedera dalam Hitam (8 Julai 1941), dalam Perak (15 Disember 1943) & dalam Emas (11 September 1944)[2]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Petikan sunting

  1. ^ "Otto Carius". The Times (dalam bahasa Inggeris). 12 Februari 2015. Dicapai pada 12 Jun 2015.
  2. ^ a b Carius, Otto (2003). Tigers in the Mud. Stackpole Books. ISBN 978-0-8117-2911-6.
  3. ^ Stockert 2012, p. 124.
  4. ^ George Forty "Tiger Tank Battalions in World War II" p. 103.
  5. ^ Mocanu, Adrianh (19 March 2020). "When A German Tiger Tank Shot Down A Russian Plane". Defensionem - The War Bible. Dicapai pada 1 November 2021.
  6. ^ "Otto Carius, Famous German Panzer ace of WWII, dies at 92". 24 April 2015.
  7. ^ "Otto Carius: Doromamire no tora". The Hayao Miyazaki Web (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 Ogos 2021.
  8. ^ Thomas 1997, p. 97.
  9. ^ a b Scherzer 2007, p. 257.
  10. ^ Carius 2003, Document 27

Bibliografi sunting

  • Scherzer, Veit (2007). Die Ritterkreuzträger 1939–1945 Die Inhaber des Ritterkreuzes des Eisernen Kreuzes 1939 von Heer, Luftwaffe, Kriegsmarine, Waffen-SS, Volkssturm sowie mit Deutschland verbündeter Streitkräfte nach den Unterlagen des Bundesarchives [Pembawa Salib Kesatria 1939–1945 Pemegang Salib Kesatria Salib Besi 1939 oleh Tentera, Tentera Udara, Tentera Laut, Waffen-SS, Volkssturm dan Pasukan Bersekutu dengan Jerman Menurut Dokumen Arkib Persekutuan] (dalam bahasa Jerman). Jena, Jerman: Scherzers Militaer-Verlag. ISBN 978-3-938845-17-2.
  • Stockert, Peter (2012). Die Eichenlaubträger 1939–1945 Band 6 [Pembawa Daun Oak 1939–1945 Jilid 6] (dalam bahasa Jerman) (ed. 3rd). Bad Friedrichshall, Germany: Friedrichshaller Rundblick. OCLC 76072662.
  • Thomas, Franz (1997). Die Eichenlaubträger 1939–1945 Band 1: A–K [Pembawa Daun Oak 1939–1945 Jilid 1: A–K] (dalam bahasa Jerman). Osnabrück, Jerman: Biblio-Verlag. ISBN 978-3-7648-2299-6.

Pautan luar sunting