PIJ Manufacturing Sdn. Bhd (PIJM) adalah salah satu anak syarikat utama dalam syarikat Kumpulan PIJ Holdings Sdn Bhd. PIJM kini fokus menjalankan aktiviti mengekstrak daun Aloe Vera.

PIJ Manufacturing Sdn. Bhd.
Jenis/bentuk sahSyarikat Berkenaan Kerajaan
Ditubuhkan1995
Ibu pejabatPOIC Halal Park Complex, Tanjung Langsat
Syarikat indukPIJ Holdings Sdn Bhd
Tapak webhttp://www.aloeshafy.com
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Menggunakan teknologi terkini dari Belanda, kilang operasinya dan pejabat jualan terletak di POIC SME Factory (Halal Park) di Tanjung Langsat dengan kilang berkeluasan 10,000 kaki persegi.

Sejarah sunting

1995 - Pengkorporatan PKEINJ sunting

Sejajar dengan pengkorporatan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor (PKEINJ), kesemua aktiviti bisnes telah distruktur semula dan dipindahkan di bawah syarikat induk Perisind Holdings Sdn. Bhd. (kini - PIJ Holdings Sdn. Bhd). Sebagai sebuah syarikat anak Kumpulan Perisind Holdings, Perisind Manufacturing Sdn. Bhd. bertanggungjawab di dalam sektor perkilangan.

2009 - Penjenamaan Perisind Manufacturing Sdn. Bhd. kepada PIJ Manufacturing Sdn. Bhd. sunting

Pada Ogos 2009, Perisind Holdings telah dijenamakan semula kepada PIJ Holdings Sdn Bhd, selaras dengan nama pemiliknya, Perbadanan Islam Johor (PIJ). Sehubungan dengan itu, kesemua anak syarikat dalam kumpulan turut melalui proses tersebut. Perisind Manufacturing Sdn Bhd dijenamakan kepada PIJ Manufacturing Sdn Bhd (PIJM).

2014 - Pembukaan kilang ekstrak Aloe Vera di Setia Business Park, Gelang Patah sunting

PIJM mula beroperasi di kilang pertama terletak di Setia Business Park, Gelang Patah pada tahun 2014.

2017 - Berpindah ke POIC Halal Park Complex di Tanjung Langsat sunting

Bagi perancangan jangka panjang, PIJM telah berpindah ke POIC SME Factory (Halal Park) di Tanjung Langsat pada 1 Januari 2017.

Bisnes Utama sunting

Bisnes utama PIJM adalah pengekstrakan daun Aloe Vera. Daun Aloe Vera ini ditanam oleh anak syarikat Kumpulan PIJH iaitu, PIJ Plantation & Agriculture Sdn. Bhd.

Alamat sunting

PIJ MANUFACTURING SDN BHD (321887-A)

(Subsidiari PIJ Holdings Sdn Bhd),

Unit F4, POIC SME Factory (Halal Park),

PLO 76, Jalan Nibong 4,

Tanjung Langsat Industrial Complex,

81700 Pasir Gudang,

Johor Darul Ta'zim.