Kelab Bola Sepak Sri Pahang atau dikenali sebagai Sri Pahang FC merupakan pasukan yang menguruskan dan mewakili pasukan bola sepak negeri Pahang. Pasukan ini berpangkalan di Kuantan. Mereka bermain di peringkat tertinggi Liga bola sepak Malaysia iaitu Liga Super Malaysia, kerana muncul Naib juara Liga Perdana 2012 dan muncul juara play-off ke Liga Super Malaysia 2013 menewaskan Kedah menerusi sepakan penalti 3-2 setelah terikat 2-2. Pasukan ini telah diubah daripada Pahang FA kepada Pahang FC disebabkan oleh penswastaan pasukan tersebut kepada sebuah kelab bola sepak bermula 1 Januari2016. Pada tahun 2017, mereka menarik balik penswastaan pasukan ini menjadi Pahang FA sehingga tahun 2021 menjadi Sri Pahang FC.
Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.