Pameran Kegemilangan Sains Dalam Tamadun Islam

pameran di Malaysia pada 2007

Pameran Kegemilangan Sains Dalam Tamadun Islam ialah sebuah pameran di Malaysia mengenai sumbangan tamadun Islam kepada tamadun kemanusiaan. Ia merupakan pameran julung kali[1] dianjurkan di Malaysia yang bertemakan sains dan Islam.

Pameran Kegemilangan Sains Dalam Tamadun Islam
Tarikh8 Januari - 14 Februari 2007
TempatPusat Konvensyen Kuala Lumpur
Dianjurkan olehKementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia
Hadirin250,000 orang

Pameran ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat betapa pentingnya penguasaan ilmu seperti sains dan teknologi bagi kemajuan dan kecemerlangan negara. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk menyuntik semangat dan galakan kepada masyarakat umum khususnya untuk meminati bidang sains bagi melahirkan modal Insan yang mampu menguasai bidang sains[2].

Pameran ini dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 8-14 Januari 2007, dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Pameran ini mempamerkan sebanyak 148 buah koleksi bahan pameran yang berupa replika serta model yang dihasilkan oleh pihak Institut Sejarah Sains Arab-Islam, Universiti Goethe Frankfurt, Jerman[2].

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis, pameran telah mencatat kunjungan sebanyak 10,000 orang pada hari pertama pembukaannya. Dalam tempoh tiga hari pameran itu diadakan ia telah dikunjungi 27,000 pengunjung[3]. Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Hanan Alang Endut berkata, pameran telah dikunjungi 250,000 orang[4].

Rentetan sunting

Penganjuran pameran ini dilanjutkan pada 23 Januari hingga 31 Mac 2007 di lokasi lain, Pusat Sains Negara[3].

Ia juga dianjurkan sebagai pameran bergerak di beberapa lokasi seluruh Malaysia seperti Ipoph, Perak dan Rompin, Pahang[5].

Pautan luar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "PERASMIAN PAMERAN KEGEMILANGAN SAINS DALAM TAMADUN ISLAM". hari ini dalam sejarah. Dicapai pada 27 Mac 2023.
  2. ^ a b "Meneruskan Kegemilangan Saintis Islam". IKIM. 23 Januari 2007. Dicapai pada 27 Mac 2023.
  3. ^ a b "Pameran "Sains Islam Mendahului Zaman" Dilanjutkan". Everything About Malaysia. 20 Januari 2007. Dicapai pada 27 Mac 2023.
  4. ^ "Pameran Kegemilangan Sains berjaya - KSU". MOSTI. 18 Mac 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Mac 2007. Dicapai pada 27 Mac 2023.
  5. ^ "Pameran kegemilangan Islam ke negara OIC – Jamaluddin". ISLAM CIVILIZATION. 28 Mac 2007. Dicapai pada 27 Mac 2023.