Parti Wilayah[13] (Bahasa Ukraine: Партія регіонів, pronounced [ˈpɑrtijɑ rɛɦiˈɔniu̯]; Rusia: Партия регионов) ialah sebuah parti politik Ukraine yang ditubuhkan pada 26 Oktober 1997 sebelum pilihan raya parlimen Ukraine 1998 dengan nama Parti Pemulihan Wilayah Ukraine.[14] Pemimpin parti kini ialah bekas pemangku Perdana Menteri Mykola Azarov.

Parti Wilayah
Pemimpin(Jawatan dimansuhkan), kuasa kini berada di tangan Biro Besar[1][2]
Setiausaha kehormatBorys Kolesnikov[3][4]
Timbalan PertamaTiada
Ketua parlimenTiada
Ditubuhkan26 Oktober 1997 (1997-10-26)
Ibu pejabatUkraine Kiev, Ukraine
AkhbarVremya Regionov
Sayap beliaYoung Regions
Ideologi1Kewilayahan[5]
Pro-Rusia[6][7]
Kedudukan politik1Pusat[8][9]
Penggabungan antarabangsaTiada
WarnaBiru
Verkhovna Rada
194 / 450
[10]
Laman sesawang
www.partyofregions.org.ua
Politik Ukraine
Parti politik
Pilihan raya
1Parti terdiri daripada kumpulan politik berbeza dengan pandangan ideologi mencapah[8][11][12]

Pembaharuan dibuat pada 2001 apabila parti ini bersatu dengan beberapa parti lain. Hasilnya, mengikut pimpinan parti pada 2002, jumlah anggota parti melompat menjadi 500,000 orang, berbanding 30,000 semasa penubuhan.[15] Ideologi parti ini mempertahankan dan mendukung hak etnik Rusia dan penutur bahasa Rusia di Ukraine. Pada awalnya, parti ini menyokong presiden Leonid Kuchma dan menyertai perikatan Untuk Ukraine Bersatu pro-kerajaan semasa pilihan raya parlimen pada 30 Mac 2002.

Parti mula mencapai kejayaan apabila Anatoliy Kinakh dan seterusnya Viktor Yanukovych menjadi Perdana Menteri. Yanukovych kemudian mara ke pusingan terakhir pilihan raya presiden pada 2004. Parti Wilayah terus mengukuhkan kedudukan dengan mendapat 186 kerusi atau 32.14%[14] dalam pilihan raya 2006, menjadikannya kumpulan terbesar dalam parlimen Verkhovna Rada. Akibat krisis politik pada 2007, satu pilihan raya baharu diadakan, dan walaupun kekal sebagai parti terbesar,[14] mereka menjadi pembangkang selepas lawan berjaya membentuk perikatan. Pada 2010 pula, Viktor Yanukovych berjaya memenangi pilihan raya presiden dengan 48.95% undi popular.[16] Pada 28 Oktober 2012, parti ini berjaya mengekalkan kemajmukannya dalam pilihan raya parlimen dengan 187 kerusi walaupun cuma mendapat 30.01% undi popular. Mykola Azarov yang memangku Perdana Menteri disahkan kekal dengan jawatan itu.[17]

Rujukan sunting

  1. ^ Yanukovych and Azarov are excluded from PR. Ukrayinska Pravda. March 29, 2014
  2. ^ "Politics ""Party of Regions" has excluded Yanukovich, Arbuzov, Klimenko and proceeded to the form of collective management". Breaking news "NovostiMira"". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-04-08. Dicapai pada 16 Februari 2015.
  3. ^ Anna German: Boris Kolesnikov, de facto, is the leader of PARTY OF REGIONS Diarkibkan 2014-04-02 di Wayback Machine. Party of Regions. March 29, 2014
  4. ^ Reformed PR is headed by Borys Kolesnikov - Herman. Ukrayinska Pravda. Mac 29, 2014
  5. ^ Lowell Barrington (2006), After Independence:Making and Protecting the Nation in Postcolonial and Postcommunist States, University of Michigan Press, m/s. 205, ISBN 978-0472068982
  6. ^ Readings in European Security oleh Michael Emerson dan Francois Heisbourg, Centre for European Policy Studies, 2007, ISBN 978-9290796794 (m/s. 187)
  7. ^ Communist and Post-Communist Parties in Europe oleh Uwe Backes dan Patrick Moreau, Vandenhoeck & Ruprecht, 2008, ISBN 978-3525369128 (m/s. 396)
  8. ^ a b Against All Odds:Aiding Political Parties in Georgia and Ukraine oleh Max Bader, Vossiuspers UvA, 2010, ISBN 978-9056296315 (m/s. 82)
  9. ^ Understanding Ukrainian Politics:Power, Politics, And Institutional Design oleh Paul D'Anieri & M. E. Sharpe, 2006, ISBN 978-0765618115 (m/s. 116)
  10. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan ithaschanged tidak disediakan
  11. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan SFFUkW tidak disediakan
  12. ^ Ideological Splits, The Ukrainian Week (10 Mac 2011)
  13. ^ Farush Khan. Ke arah mana kita hendak pergi? Sinar Harian. 30 Mei 2012.
  14. ^ a b c (Ukraine) Партія регіонів, Database DATA
  15. ^ Whose Ukraine Is It Anyway? Diarkibkan 2012-09-19 di archive.today, TIME/Transitions Online, 4 April 2002
  16. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-21. Dicapai pada 2012-12-03.
  17. ^ After the parliamentary elections in Ukraine: a tough victory for the Party of Regions, Centre for Eastern Studies (7 November 2012)

Pautan luar sunting