Patin kemboja

spesies ikan

Patin kemboja (Pangasius bocourti)[2] ialah spesies keli dalam keluarga Pangasiidae. Patin kemboja berasal dari lembangan Mekong dan Chao Phraya di Tanah Besar Asia Tenggara.[3] Ikan ini penting sebagai sumber makanan, dan turut ada di pasaran antarabangsa. Ia turut dikenali sebagai patin lawang.[2]

Basa
Kepala patin kemboja
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Actinopterygii
Order: Siluriformes
Keluarga: Pangasiidae
Genus: Pangasius
Spesies:
P. bocourti
Nama binomial
Pangasius bocourti
Sauvage, 1880

Ia kerap dilabel sebagai "basa fish", "swai",[4] atau "bocourti" di Amerika Utara dan Australia.[5] Di Eropah, ikan ini sering dikenali sebagai "pangasius" atau "panga".[6] Di pasaran Asia pula, nama untuk patin kemboja termasuklah "Pacific dory"[7] dan "patin".[8] Patin terkait lain yang boleh disalahlabelkan sebagai "basa fish", termasuklah P. hypophthalmus (patin siam) dan P. pangasius (patin biasa).

Penerangan sunting

Tubuh patin kemboja gempal dan berat. Kepala bulatnya lebih lebar daripada panjangnya, dengan muncung yang tumpul berjalur putih pada domolnya. Spesies ini membesar hingga panjang maksimum 120 sentimeter (47 in).[9]

Ekologi sunting

Patin kemboja memakan tumbuhan. Ia bertelur pada permulaan musim banjir dan yang mudanya pertama kali dilihat pada bulan Jun, menjulat sekitar 5 sentimeter (2.0 in) pada pertengahan Jun.[10]

Rujukan sunting

  1. ^ Vidthayanon, C. (2012). "Pangasius bocourti". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. IUCN. 2012: e.T180848A1669669. doi:10.2305/IUCN.UK.2012-1.RLTS.T180848A1669669.en.
  2. ^ a b Azlina, Z.M.; Daud, S.K.; Siraj, S.S.b; Aliabadian, M.; Moghaddam, F.Y. (2013). "Molecular phylogeny of Malaysian Pangasiid based on cytochrome C oxidase I (COI) DNA sequences". Iranian Journal of Animal Biosystematics (IJAB). Universiti Putra Malaysia. 9 (1): 17-28. ISSN 1735-434X.
  3. ^ Froese, Rainer; Pauly, Daniel (2012). "Pangasius bocourti" di FishBase. versi Februari 2012.
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama sfbm20090131
  5. ^ "CFIA Fish List". Canadian Food Inspection Agency. 7 Julai 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Mac 2012. Dicapai pada 30 Jun 2011.
  6. ^ "Vietnam catfish farmers angered by French reports". Monsters and Critics. 19 Mei 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Disember 2008. Dicapai pada 31 Januari 2009.
  7. ^ "Are you getting the fish you paid for?". 2 Jun 2016.
  8. ^ "Patin Steak – the Seafood Market Place by Song Fish".
  9. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Fishbase3
  10. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Fishbase2