Pe'a ([pé'a], bahasa halus: malofie[1] sebutan terdekat [ma.lo.fi.é]) ialah suatu cacahan yang dipakai dalam kalangan lelaki masyarakat orang Samoa. Cacahan ini meliputi kawasan badan dari pinggang sampai ke lutut.

Cacahan pe'a yang dikenakan pada peha

Gambaran umum sunting

Cacahan ini dilihat sebagai suatu tanda keberanian oleh para pemakainya (soga'imiti), malah mereka yang tidak menghabiskan pencacahan kerana rasa sakit mahupun tidak mampu membayar perkhidmatan si pencacah dipandang rendah (dengan gelaran Pe'a mutu).[2]:213

Seni pencacahan ini berkurangan dengan tibanya mubaligh Kristian Inggeris ke kawasan kepulauan tersebut pada tahun 1830-an,[2]:234 namun ia tetap diteruskan tanpa adanya sebarang perubahan pada teknik pencacahan sehinggalah ke hari ini.[3]

Kaedah pencacahan sunting

Pencacah yang pakar untuk melakukan kerja ini (tufuga ta tatau) menggunakan beberapa kelengkapan khusus:[4]

  • sikat tulang bergerigi (au) yang dipasangkan bersama kepingan cengkerang penyu pada batang kayu sebagai jarum cacahan;
  • penukul (sausau);
  • bekas tempurung kelapa (ipuniu) untuk menyimpan dakwat cacahan;
  • dakwat hitam ia (tuitui atau lama) diambil daripada isirong buah keras yang dibakar;
  • kain tapa ("solo") untuk mengelap dan membersihkan alatan dan badan yang luka.

Proses ini sangat menyakitkan,[5] malah golongan pencacah ini dianggap sebagai dalam kalangan yang terhormat dalam masyarakat orang Samoa.

Rujukan sunting

  1. ^ "Samoan tatau (tattooing) - Collections Online - Museum of New Zealand Te Papa Tongarewa". Collections.tepapa.govt.nz. Dicapai pada 2013-08-19.
  2. ^ a b DeMello, Margo. Encyclopedia of body adornment.
  3. ^ Ellis, Juniper. Tattooing the world:Pacific Designs in Print and Skin. m/s. 23.
  4. ^ "Traditional Samoan tattoos - TattoozZa". tattoozza.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 Januari 2017.
  5. ^ "Pe'a tattooing – Te Ara Encyclopedia of New Zealand". Teara.govt.nz. 2012-09-21. Dicapai pada 19 Ogos 2013.

Pautan luar sunting