Peluru berpandu balistik lancaran udara

Peluru berpandu balistik lancaran udara merupakan sejenis peluru berpandu balistik yang dilancarkan daripada pesawat udara. Kelas peluru berpandu ini tidak pernah digunakan secara aktif. Satu-satunya peluru berpandu jenis ini yang diketahui iaitu, AGM-48 Skybolt, yang akan dilancarkan daripada pesawat pengebom B-52 Stratofortress, telah dibangunkan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat, dengan Britain sebagai pelanggannya. Pada tahun 1962, disebabkan masalah-masalah teknikal dan kos, program ini kemudian dibatalkan. Amerika Syarikat dan Britain kemudian menumpukan kepada projek pembangunan peluru berpandu balistik lancaran kapal selam, UGM-27 Polaris.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting