Pembakar lanjut atau pemanasan semula merupakan sebuah komponen pembakaran tambahan yang dipasang pada sesetengah enjin jet, terutamaanya pada pesawat tentera berkelajuan supersonik yang digunakan semasa proses "pembakaran lanjut" atau "pembakaran semula". Pembakar lanjut digunakan untuk memberi lonjakan kuasa tujahan sementara semasa terbang dalam kelajuan supersonik atau semasa hendak berlepas (disebabkan beban sayap pada rekabentuk biasa pesawat supersonik memerlukan kelajuan untuk berlepas yang tinggi). Bagi sesebuah pesawat tentera, tambahan kuasa tujahan amat berguna semasa dalam pertempuran udara. Keadaan ini dicapai dengan menyuntik bahan api tambahan ke dalam "paip jet" selepas turbin. Kebaikan menggunakan sistem pembakaran-lanjut adalah untuk meningkatkan kuasa tujahan; keburukkan pula adalah penggunaan bahan api yang banyak serta tidak cekap, meskipun begitu perkara ini selalunya boleh diterima disebabkan penggunaannya hanya untuk jangkamasa yang pendek sahaja.

Sebuah pesawat F/A-18 Hornet milik Tentera Laut Amerika Syarikat yang menggunakan keupayaan pembakaran-lanjut semasa hendak berlepas.

Enjin jet beroperasi dalam keadaan basah apabila pembakaran lanjut sedang digunakan dan kering apabila enjin digunakan tanpa proses pembakaran lanjut.[1] Sesebuah enjin yang menghasilkan tujahan basah maksimum dikenali sebagai "kuasa maksimum" (kuasa maksimum yang boleh dihasilkan oleh enjin); dan enjin yang menghasilkan tujahan kering maksimum dikenali sebagai kuasa tentera.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Ronald D. Flack (2005). Fundamentals of jet propulsion with applications. Cambridge, UK: Cambridge University Press. ISBN 0-521-81983-0. Unknown parameter |urlhttp://books.google.com/books?id= ignored (bantuan); Cite has empty unknown parameter: |unused_data= (bantuan)

Pautan luar sunting