Pen penanda ialah sejenis pen yang mempunyai simpanan dakwat sendiri (sama ada daripada plastik, kaca mahupun aluminium) serta berhujung gentian yang mudah telap seperti felt[1] yang menyerap dakwat agar ia dapat dipindahkan pada permukaan tulisan. Pen ini dipasangkan dengan penutup agar dakwat pen tidak cepat kering.

Gambar dekat kepala sebatang pen penanda.

Jenis sunting

Pen penanda kekal sunting

Pen penanda ini direka agar ia boleh dipakai pada pelbagai permukaan seperti kaca, plastik, kayu, logam dan batuan. Dakwat yang digunakan pada pen jenis ini tidak mudah ditanggal air mahupun geseran maka dapat bertahan selama bertahun-tahun.

Highlighter sunting

Pen ini mengandungi dakwat yang masih boleh dilihat tulisan yang dicoretkan melaluinya, biasanya dalam warna-warna neon.

Rujukan sunting

  1. ^ www.sbctc.edu (adapted). "Module 6: Media for 2-D Art" (PDF). Saylor.org. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 7 September 2012. Dicapai pada 2 April 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)