Penaklukan semula Mexico oleh Sepanyol

Penaklukan semula Mexico oleh Sepanyol (Sepanyol: Intentos de Reconquista Española de México) merupakan usaha dari kerajaan Sepanyol untuk mengambil alih jajahan utama mereka iaitu Mexico. Peperangan ini antara yang sengit di antara generasi Mexico yang baru dan Sepanyol. Pertempuran utama adalah berlaku di dua tempat tertentu: pertama adalah pertempuran dari tahun 1821 hingga 1825 yang melibatkan pertahanan Mexico dari pencerobohan Sepanyol melalui jalan air, dan yang kedua, tentera Mexico bercadang untuk melancarkan serangan terhadap pangkalan Sepanyol yang berpusat di Cuba pada tahun 1826 dan 1828. Pada tahun 1829, jeneral Sepanyol Isidro Barradas telah dititahkan oleh Ferdinand VII untuk menawan semula Mexico dengan mengambil alih tanah-tanah yang mempunyai hasil bumi yang tinggi. Walau bagaimanapyun, tentera Sepanyol tidak berjaya untuk menawan semula negara ini dengan memburukkan ekonomi negara yang baru merdeka ini.

Penaklukan Sepanyol terhadap Mexico
Sebahagian daripada Peperangan Kemerdekaan Jajahan Sepanyol

Kemenangan tentera Mexico di Tampico.
Tarikh1821 – 1829
Lokasi
Keputusan

Kemenangan muktamad Mexico

Pihak yang terlibat
 Mexico Sepanyol Empayar Sepanyol
Komandan dan pemimpin
Mexico Anastasio Bustamante
Mexico Antonio López de Santa Anna
Sepanyol Ferdinand VII
Sepanyol Isidro Barradas

Kebebasan yang baru yang dikecapi oleh bangsa Mexico dengan bersusah payah untuk berjuang di dalam Perang Kemerdekaan Mexico. Ini merupakan tiada rancangan atau strategi untuk menyerang Sepanyol. Mexico mengalami kekurangan lengkap dana untuk mentadbir sebuah negara yang lebih 4.5 juta km dan menghadapi ancaman pemberontakan dalaman yang baru ditubuhkan dan serangan tentera Sepanyol dari pangkalan mereka yang berdekatan seperti Cuba.

Latar belakang sunting

Kemerdekaan Mexico secara rasmi merdeka pada tanggal 27 September 1821 di bawah Perjanjian Córdoba. Sepanyol melanggar perjanjian itu dengan melancarkan peperangan untuk menentukan kemerdekaan yang sebenar. Keadaan ini adalah yang berbahaya kepada Mexico yang tidak diiktiraf kuasa Eropah dan bimbang akan serangan Sepanyol buat kali kedua.

Pertempuran sunting

Sepanyol melancarkan perang pada tahun 1821 dan menyerang Mexico dari arah selatan. Pada awalnya, Sepanyol menyerang Mexico dengan mengebom pelabuhan. Selepas pengeboman itu, kerajaan Mexico memutuskan untuk mematahkan serangan Sepanyol. Walau bagaimanapun, pada ketika itu, Mexico tidak mempunyai tentera laut yang cekap. Pada 8 Oktober 1823, sekatan di San Juan de Ulúa telah dirancang. Setiausaha Peperangan dan Tentera Laut, José Joaquín de Herrera membuat ucapan sebelum Kongres Mexico yang pertama mendesak untuk memperoleh lebih kapal perang untuk sekatan dan menyerang tentera Sepanyol yang menduduki sebahagian negara itu.

Pada 28 Januari 1825, Jeneral Francisco Lemaur telah diperintahkan oleh José María Coppinger untuk memerangi Sepanyol di San Juan de Ulúa. Pada 27 Julai 1825, kapten kapal, Pedro Sainz de Baranda telah dilantik sebagai komander tentera laut di pelabuhan Veracruz. Beliau segera memulakan penyusunan semula skuardon yang ditugaskan untuk sekatan San Juan De Ulúa.

Sekatan akhirnya berjaya yang memaksa tentera Sepanyol untuk menerima sedikit tentera dari Havana. Coppinger mula membuat rundingan dengan kuasa-kuasa besar untuk menghalang tentera Sepanyol. Pertempuran bermula oada 26 Oktober 1821 dan telah membuat kesimpulan oleh Tentera Laut Mexico apabila mereka mengalahkan kubu kuat Sepanyol yang terakhir di Mexico pada 23 November 1825.

Pertempuran kemenangan, Tampico sunting

 
Pertempuran San Juan de Ulúa.

Setahun selepas Pertempuran Mariel, tentera Mexico telah mengesan apabila tentera Sepanyol bercadang untuk menawan semula dari Cuba. Jeneral Sepanyol Isidro Barradas, telah meninggalkan pelabuhan tersebut bersama 3,586 tentera yang digelar "Spearhead Division" dan pada 5 Julai, mereka menuju ke Mexico.

Pada 26 Julai 1829, armada Sepanyol tiba di Cabo Rojo, berdekatan Tampico (Negeri Tamaulipas), dan di situ bermulalah operasi yang melibatkan 750 tentera dan 25 bot. Ekspedisi ini bermula apabila Tampico dijadikan tempat pertempuran apabila tempat yang terletaknya Sungai Pánuco. Pertempuran Tampico yang berlaku pada 10 dan 11 September 1829 di mana berakhirnya penawan semula Sepanyol di Mexico dan kekalahan teruk Sepanyol di bawah jajahan sendiri. Jeneral Isidro Barradas menandatangani penyerahan di Tampico dan dihadiri Antonio Lopez de Santa Anna, Manuel Mier y Teran and Felipe de la Garza. Akhirnya, Mexico menjadi negara yang betul-betul merdeka dan bebas dari cengkaman penjajah.

Pada 28 Disember 1836, Sepanyol mengesahkan kemerdekaan Mexico di bawah Perjanjian Santa Maria-Calatrava, ditandatangani di Madrid dan dihadiri Komisioner Mexico, Miguel Santa Maria dan Menteri Pertahanan Sepanyol, Jose Maria Calatrava untuk menandatangani perjanjian tersebut. Keadaan ini menyebabkan Empayar Sepanyol menjadi susut dan kehilangan besar wilayah di Amerika Utara dan Amerika Selatan. Pada ketika itu, Sepanyol mempunyai jajahan di Caribbean dan Filipina tetapi hilang dalam Perang Amerika-Sepanyol. Namun, rakyat di Amerika Latin dan Filipina masih menuturkan Bahasa Sepanyol sebagai bahasa rasmi negara mereka kerana telah dijajah oleh Sepanyol dengan masa yang sangat lama.]