Penerimaan diri merupakan satu proses dalam menerima diri seseorang.

Definisi sunting

Penerimaan diri boleh ditakrifkan sebagai:

  • kesedaran tentang kekuatan dan kelemahan diri seseorang,
  • penilaian yang realistik (namun subjektif) terhadap bakat, keupayaan, dan nilai umum seseorang, dan,
  • perasaan puas terhadap diri sendiri walaupun terdapat kekurangan dan tanpa mengira tingkah laku dan pilihan masa lalu. [1] [2] [3]

Menurut Shepard, penerimaan diri merupakan kepuasan atau kebahagiaan seseorang individu terhadap diri sendiri, dan dianggap perlu untuk kesihatan mental yang baik . Penerimaan diri memerlukan seseorang itu untuk memahami dirinya sendiri, bersikap realistik namun subjektif, mempunyai kesedaran tentang kekuatan dan kelemahan dirinya. Ia menghasilkan perasaan individu tentang dirinya, bahawa mereka adalah "bernilai unik".

Albert Ellis menyokong kepentingan menerima diri disebabkan seorang individu itu sememangnya manusia, masih hidup dan mepunyai keunikan tersendiri. Dia tidak menilai dirinya taraf global atau dipengaruhi oleh pendapat orang lain tentang dirinya. [4]

Dalam psikologi klinikal dan psikologi positif, penerimaan diri dianggap sebagai prasyarat untuk perubahan berlaku. Ia boleh dicapai dengan berhenti mengkritik dan menyelesaikan kekurangan diri sendiri, dan kemudian menerimanya untuk wujud dalam diri seseorang, iaitu menerima ketidaksempurnaan diri dalam bahagian-bahagia tertentu.

terdapat perbezaan antara penerimaan diri bersyarat dan tanpa syarat . [5]

Penerimaan diri merupakan salah satu daripada enam faktor dalam struktur Carol D. Ryff untuk kesejahteraan eudaimonik.

Kualiti sunting

Seseorang yang mempunyai penerimaan diri yang tinggi:

  • mempunyai sikap kendiri yang positif,
  • mengakui dan menerima segala aspek diri mereka (termasuk yang baik dan buruk),
  • tidak mengkritik diri sendiri atau keliru tentang identiti mereka, dan,
  • tidak mahu diri mereka yang lepas berbeza daripada mereka yang sedia ada. [1] [6]

Pandangan psikologi lepas dan kini sunting

Pada masa lalu, amalan penerimaan diri pernah ditegur oleh orang Yunani. Walau bagaimanapun, keperluan untuk mengetahui dan memahami "diri" akhirnya menjadi titik asas yang penting dalam beberapa teori psikologi, seperti:

  • Kerja Jahoda mengenai kesihatan mental,
  • Teori Personaliti Carl Rogers ,
  • Lapan Peringkat Pembangunan Diri (Proprium) Gordon Allport ,
  • Hierarki Keperluan Maslow di bawah kategori "aktualisasi diri", [6]
  • Albert Ellis ' Terapi tingkah laku emotif rasional

Di samping itu, teori jangka hayat Erikson dan Neugarten menyebut tentang kepentingan penerimaan diri termasuk kehidupan masa lalu seseorang, dan proses individuasi Carl Jung juga menekankan untuk seseorang itu memahami sisi gelap diri, atau "bayang". [6]

Kaitan dengan psikologi positif sunting

Berkenaan psikologi positif, penerimaan diri yang merupakan komponen kesejahteraan eudaimonik (EWB), menjadi penunjuk dan ukuran kesejahteraan psikologi . [7] [8] Contohnya, berdasarkan pemerhatian Alfred Adler, iaitu pengasas psikologi individu, orang yang merendahkan diri juga memerhatikan penyusutan nilai orang lain. [3]

Antara manfaat penerimaan diri terhadap kesihatan mental ialah peraturan mood, penurunan gejala kemurungan, dan peningkatan emosi yang positif. [9] Contoh ini dapat dilihat dalam kajian 2014 yang melihat profil afektif. Hasil kajian menunjukkan bahawa individu yang dikategorikan sebagai pemenuhan diri (berbanding dengan profil lain) cenderung untuk mendapat skor yang lebih tinggi dalam semua faktor dimensi kesejahteraan eudaimonik Ryff (termasuk penerimaan diri). [10] Di samping itu, penerimaan diri (dan penguasaan alam sekitar) secara khusus dan ketaranya meramalkan keharmonian dalam kehidupan yang merentas semua profil afektif. [10]

Manfaat terhadap keadaan psikologi termasuklah dapat:

  • meningkatkan rasa kebebasan yang tinggi,
  • mengurangkan rasa takut terhadap kegagalan,
  • meningkatkan harga diri,
  • meningkatkan rasa kebebasan (autonomi),
  • meningkatkan keyakinan diri,
  • mengurangkan keinginan untuk memenangi persetujuan orang lain,
  • mengurangkan kritikan diri dan melebihkan kebaikan diri apabila berlakunya kesilapan,
  • meningkatkan keinginan untuk menjalani kehidupan untuk diri sendiri (dan bukan orang lain), dan,
  • berupaya untuk mengambil lebih banyak risiko tanpa berasa bimbang tentang akibatnya. [11]

Penerimaan diri juga dianggap penting untuk kesihatan mental yang baik. [2]

Manfaat kepada tubuh badan sunting

Tidak hanya memanfaatkan psikologi, penerimaan diri juga mempunyai memberi kebaikan terhadap keadaan fizikal [7] Contohnya, hasil kajian yang dijalankan pada tahun 2008 telah menyatakan bahawa wanita berusia yang mempunyai tahap penguasaan alam sekitar yang lebih tinggi, hubungan positif dengan orang lain, dan penerimaan diri menunjukkan paras hemoglobin yang lebih rendah, iaitu penanda untuk paras glukosa/rintangan insulin. [6]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b Henriques, Gregg (15 May 2014). "Six Domains of Psychological Well-being". Psychology Today. Sussex Publishers. Dicapai pada 12 August 2015. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Henriques" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ a b Shepard, Lorrie A. (1978). "Self-Acceptance: The Evaluative Component of the Self-Concept Construct". American Educational Research Journal. 16 (2): 139–160. doi:10.2307/1162326. JSTOR 1162326. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Shepard" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  3. ^ a b Vlahopoulos, Basil Alex (1985). "Introduction and Review of the Literature". The Relationships between Psychological Well-being, Self-acceptance, Client Status, and Counselor Facilitative Behaviors. Cincinnati, Ohio: University of Cincinnati. m/s. 5 & 28. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Vlahopoulos" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  4. ^ p. 13, Feeling Better, Getting Better, Staying Better, Albert Ellis, 2001
  5. ^ Michael E. Bernard (8 July 2014). The Strength of Self-Acceptance: Theory, Practice and Research. Springer Science & Business Media. m/s. 15. ISBN 978-1-4614-6806-6.
  6. ^ a b c d Ryff, Carol D.; Singer, Burton H. (5 October 2006). "Know Thyself and Become What You Are: A Eudaimonic Approach to Psychological Well-Being". Journal of Happiness Studies. 9 (1): 13–39. doi:10.1007/s10902-006-9019-0.Ryff, Carol D.; Singer, Burton H. (5 October 2006). "Know Thyself and Become What You Are: A Eudaimonic Approach to Psychological Well-Being". Journal of Happiness Studies. 9 (1): 13–39. doi:10.1007/s10902-006-9019-0. S2CID 5677286. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Ryff" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  7. ^ a b Ryan, Richard M.; Huta, Veronika; Deci, Edward L. (29 September 2006). "Living well: a self-determination theory perspective on eudaimonia". Journal of Happiness Studies. 9 (1): 139–170. doi:10.1007/s10902-006-9023-4.Ryan, Richard M.; Huta, Veronika; Deci, Edward L. (29 September 2006). "Living well: a self-determination theory perspective on eudaimonia". Journal of Happiness Studies. 9 (1): 139–170. doi:10.1007/s10902-006-9023-4. S2CID 145122236. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Ryan" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  8. ^ Sin, Nancy L.; Lyubomirsky, Sonja (May 2009). "Enhancing well-being and alleviating depressive symptoms with positive psychology interventions: a practice-friendly meta-analysis". Journal of Clinical Psychology. 65 (5): 467–487. doi:10.1002/jclp.20593. PMID 19301241.
  9. ^ Jimenez, Sherlyn S.; Niles, Barbara L.; Park, Crystal L. (October 2010). "A mindfulness model of affect regulation and depressive symptoms: Positive emotions, mood regulation expectancies, and self-acceptance as regulatory mechanisms". Personality and Individual Differences. 49 (6): 645–650. doi:10.1016/j.paid.2010.05.041.
  10. ^ a b Garcia, Danilo; Al Nima, Ali; Kjell, Oscar N.E. (13 February 2014). "The affective profiles, psychological well-being, and harmony: environmental mastery and self-acceptance predict the sense of a harmonious life". PeerJ. 2: e259. doi:10.7717/peerj.259. PMC 3933359. PMID 24688843.
  11. ^ McQuillan, Susan. "Radiate Self-Acceptance". Psychology Today. Sussex Publishers. Dicapai pada 12 August 2015.