Pengajian tinggi percuma Malaysia

Pengajian tinggi percuma adalah satu inisiatif bagi pelajar dikecualikan sepenuhnya daripada membayar yuran pengajian. Malaysia adalah negara terbaharu yang mengisytiharkan ia akan menjadikan universiti percuma untuk pelajar domestiknya menjelang pilihan raya umum[1]

Usaha-usaha kerajaan Malaysia sunting

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) meneruskan inisiatif bagi membantu pelajar daripada golongan keluarga B40 untuk ke universiti menerusi Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG). Melalui program ini, sebanyak 10,000 mahasiswa yang merupakan wakil pertama dari keluarga B40 akan dikecualikan sepenuhnya yuran pengajian di semua universiti awam. Program ini dilaksanakan kerana terdapat anak-anak daripada golongan B40 mendapat keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) namun tidak berpeluang meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi akibat kekangan kewangan dan peluang. KPT memperuntukkan sebanyak RM30 juta kepada semua universiti awam untuk melaksanakan program ini.[2]

Pada Program Cakna Madani bersama pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di institusi pendidikan tinggi di UKM, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju dengan pandangan bahawa pendidikan negara harus ditawarkan secara percuma. Beliau juga berkata perkara itu boleh direalisasikan melalui beberapa dasar dan langkah penjimatan. [3]

Rujukan sunting

  1. ^ STUDY INTERNATIONAL STAFF (30 April 2018). "Malaysia revokes free higher education claim – which could be for the best". Study International. Dicapai pada 18 Jun 2023.
  2. ^ Nurliyana (05 Jun 2023). "SULUNG: Inisiatif Yuran Pengajian Percuma Pelajar B40". Student Portal. Dicapai pada 18 Jun 2023. Check date values in: |date= (bantuan)
  3. ^ OMAR ZIN (13 Jun 2023). "Pendapat peribadi saya, pendidikan harus percuma – PM". Dicapai pada 18 Jun 2023.