Pengeboman Haadyai 2006

Pengeboman Haadyai 2006 terjadi di bandar Haadyai , selatan Thailand pada hari Sabtu, jam 9.00 malam pada 16 September 2006.

Seramai 5 orang terbunuh dan lebih 70 cedera dan dirawat sebagai pesakit luar. Sebelum ini pengeboman Songkhla 2005 telah berlalu , tidak jauh dari sini.

Enam butir bom meletup pada jam 9.00 malam di pusat beli -belah Odeon , restoran China, bangunan meletak kereta dan kompleks beli-belah Big-C, Hotel Lee Garden dan gedung pakaian Diana. Pengebom dipercayai meletupkan bom di dalam tandas dan di motosikal dengan kawalan telefon bimbit .

Hotel Lee Garden pernah digunakan untuk menandatangani perjanjian damai antara kerajaan Malaysia dengan Parti Komunis Malaya 1989.

Lokasi sunting

Haadyai merupakan wilayah yang masih diselaputi kecemasan dan darurat berikutan dasar berat pincang Perdana Menteri Thailand , Thaksin Sinnawatra.

Bandar Haadyai adalah kira-kira satu jam perjalanan dengan kenderaan dari sempadan Malaysia dan dekat dengan Yala, Pattani and Narathiwat.

Mangsa sunting

Antara yang terlibat ialah seorang rakyat Malaysia. Seorang guru bahasa Inggeris rakyat Kanada turut terbunuh. Mangsa lain ialah rakyat Thailand sendiri.Gabenor Wilayah Songkhla , Somporn Thaibanyong memeriksa kawasan kejadian.

Penyerang sunting

Pasukan keselamatan Thailand mempercayai Patani United Liberation Organization (PULO) bertanggungjawab di atas kebanyakan serangan bom di tiga wilayah tersebut iaitu Narathiwat, Pattani dan Yala. Seramai 1700 terbunuh sejak 2 tahu lain.

Destinasi pelancong Malaysia sunting

Haadyai terkenal di kalangan pelancong Malaysia sejak 1960-an lagi. Ribuan pelancong dari Malaysia dan Singapura memenuhi restoran, kawasan beli-belah dan pusat hiburan yang terletak kira-kira 10 km dari sempadan Malaysia-Thailand. Semasa cuti Hari Kebangsaan Malaysia 31 Ogos, lebih 15,000 bilik habis ditempah.

Serangan 14 September 2006 sunting

Pada 14 September 2006, seorang pegawai Jabatan Perikanan dari Terengganu , Malaysia dan seorang penghulu telah ditembak mati di Narathiwat. Pegawai tersebut berasal dari Bachok , Kelantan tetapi bertugas di Terengganu. Beliau menyeberangi Sungai Golok dengan bot pancung untuk ke Takbai, Narathiwat, Thailand.

Serangan 2004 sunting

Lapangan Terbang Haadyai, sebuah gedung membeli belah dan sebuah hotel dibom oleh kumpulan militan mahu memerdekakan tiga wilayah yang majoriti penduduknya Islam di wilayah selatan Thai -- Pattani, Yala dan Narathiwat.