Pengguna:113.210.129.55/Kotak pasir

Meriam Tanah sunting

Meriam Tanah adalah sejenis mercun buatan sendiri yang popular semasa musim perayaan Hari Raya di Malaysia. Seperti juga mercun yang lain, meriam tanah diharamkan seperti yang termaktub di dalam Akta Bahan Letupan 1957; ironinya, semakin ramai kanak-kanak Melayu mencuba alternatif ini apabila mercun kormesial diharamkan oleh kerajaan Malaysia. Walau bagaimanapun,meriam tanah boleh diklasifikasi tidak begitu bahaya kerana kaedah pembuatannya berbeza dengan meriam buluh kerana ia di tanam.

Bagaimana ia berfungsi sunting

Sesebuah meriam tanah biasanya terdiri daripada sebatang saluran kalbat/paip/tin susu yang disambung dan di tanam sedalam 1 kaki.Kaedah penanaman biasanya dilakukan permukaan tanah yang berbatas seperti busut.Adakalanya dilapik dengan kepingan papan sebelum di timbus dengan tanah.Kaedah pembakarannya ialah dengan campuran kalsium karbida dan air. Tindak balas kimia yang terhasil daripada campuran kalsium karbida dan air menghasilkan asetilena, gas yang mudah meletup. Gas asetilena akan meletup apabila didedahkan kepada api.Sebatang kayu kecil digunakan untuk membakar wap yang terhasil dan seterusnya menghasilkan letupan meriam. Seterusnya udara segar dibiarkan masuk ke lubang kecil itu dan meriam dibakar lagi. Sedikit latihan diperlukan bagi menghasilkan letupan yang paling kuat.Minyak pelincir jenis 2T digunakan untuk menghasilkan bunyi yang lebih kuat dengan merendamkan karbaid bersama minyak 2T terlebih dahulu sebelum diisi dengan air.

Langkah Keselamatan sunting

Pastikan tanah yang ditimbus mendap dan betul-betul padat untuk mengelakan rekahan apabila letupan berlaku. Apabila hendak mencucuh,jarak kayu pencucuh hendaklah panjang diantara 2 hingga 3 meter dari lubang pencucuh.

Lihat juga sunting