Pengguna:CyberTroopers/Draf Usul/Sekat Penciptaan Rencana

Laman ini adalah draf. Sila jangan buat apa-apa suntingan pada laman ini.
Usul : Menyekat hak mencipta rencana bagi pengguna awamnama (ip address) 

Rasional sunting

Menyekat penghasilan rencana karut-marut dan laman serangan individu (utama)

Ulasan pembawa usul:CyberTroopers dan Fandi89 sunting

Wikipedia adalah sebuah laman Wikipedia yang bebas bagi mana-mana individu untuk mencipta dan menyunting mana-mana rencana. Oleh sebab itu wujud banyak isu yang mempersoalkan kredibilitii dan ketepatan dalam Wikipedia sebagaimana kes Seigenthaler. Sejak akhir-akhir ini, saya dapati terlalu banyak rencana karut-marut yang telah dicipta oleh pengguna awamnama. Sejak 1 Januari 2019 hingga 14 Ogos 2019,  lebih 1,500 laman di Wikipedia Bahasa Melayu telah dihapuskan oleh penyelia. Manakala sejak 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2018, lebih  2,500 laman telah dihapuskan. Bagi mengelakkan isu tersebut saya mencadangkan, penyekatan hak mencipta rencana bagi pengguna yang tidak berdaftar. Sekiranya pengguna awamnama ingin mencipta rencana, mereka boleh meminta supaya rencana tersebut diwujudkan seperti di Wikipedia Bahasa Inggeris.(gambar) - CyberTroopers bincang/sumbangan 15:30, 14 Ogos 2019 (UTC)

 

Ringkasan kes Seigenthaler : sunting

Sebuah rencana berkenaan John Seigenthaler telah ditulis oleh seorang penyunting awam yang tidak berdaftar. Rencana itu memuatkan bahawa Seigenthaler  telah disyaki terlibat dalam pembunuhan kedua-dua John dan Robert Kennedy. Oleh itu, pada 29 November, wartawan yang telah bersara, John Seigenthaler Sr. menulis sebuah editorial yang mengadu tentang kepalsuan dalam biografi Wikipedianya. Ini sebenarnya telah ditulis pada bulan Mei dan dikeluarkan pada bulan Oktober selepas dia menghubungi Jimmy Wales, namun artikel di USA Today bagaimanapun mendapat perhatian media yang cukup besar. Cerita itu kekal dalam berita selama beberapa minggu dan masih sering disebut sebagai ilustrasi kanonik tentang potensi maklumat salah di Wikipedia.
Dengan isu ketepatan Wikipedia dalam berita, suatu perspektif lain daripada artikel dikeluarkan Nature yang melaporkan bahawa terdapat kesalahan dalam Wikipedia berkenaan Encyclopædia Britannica untuk artikel saintifik. Editor Wikipedia memperbaiki kesilapannya dalam beberapa minggu kemudiannya, sementara Britannica bertindak balas dengan kritikan terperinci mengenai kajian itu, menolak perbandingan dan menentang banyak perkara yang telah dibuat Nature.


Mengapa perkara ini menjadi sebuah isu? sunting

Berhubung isu ini, pada pendapat saya, tunjang utama kepada isu ini adalah disebabkan oleh ketidakbertanggungjawab pengguna Wikipedia yang melakukan vandal. Walau dengan kewujudan pelbagai jawatan di dalam Wikipedia seperti Pengelola, Birokrat, Penyelia dan sebagainya, vandalisme masih boleh berlaku maklumlah manusia sekarang makin bijak memanipulasi teknologi kini dengan penggunaan IP berbeza. Pengguna sekarang boleh mewujudkan laman serangan secara bebas dengan menggunakan ip address berbeza walaupun ip address yang digunakannya disekat oleh Penyelia. Walaupun belum ada laman serangan atau pernah ada namun telah dipadam serta-merta (terima kasih kepada Penyelia yang bertindak pantas), tidak mustahil akan wujud di masa akan datang dan perkara ini akan memudaratkan Wikipedia seperti yang boleh dilihat ialah kes penutupan akses Wikipedia di beberapa negara iaitu China, Turki dan sebagainya. - CyberTroopers bincang/sumbangan 15:30, 14 Ogos 2019 (UTC)

createpagemainns dan createpage sunting

Menurut senarai hak kumpulan pengguna di Wikipedia Bahasa Inggeris, pengguna tidak berdaftar dan yang telah berdaftar tidak lagi dibenarkan mencipta rencana-rencana di ruang nama utama (createpagemainns) di Wikipedia Bahasa Inggeris. Pengguna berdaftar hanya dibenarkan mencipta rencana-rencana (createpage) tetapi terhad namun akses mencipta rencana bagi pengguna tidak berdaftar tidak lagi diberikan berikutan kes penciptaan laman-laman serangan, karut-marut dan sebagainya. Mesej Jimmy Wales berkenaan penutupan penciptaan rencana bagi pengguna awamnama boleh diperoleh disini. Menurut beliau, sebab penutupan adalah :

  1. Pertama, artikel Seigenthaler dibuat oleh pengguna awamnama.
  2. Kemudian, seorang patroller hanya membetulkan kesilapan ejaan tetapi tidak perasan akan dakwaan palsu dalam rencana rencana tersebut.
  3. Kerana entri itu tidak pernah disambung dengan baik dari artikel yang berkaitan.

Perbezaan WBM dan WBI sunting

Di sini merupakan beberapa ringkasan perbezaan hak kumpulan pengguna yang tidak berdaftar di antara Wikipedia Bahasa Melayu dengan Wikipedia Bahasa Inggeris:

Diluluskan Ditolak
   
Hak Wikipedia Bahasa Melayu Wikipedia Bahasa Inggeris Catatan
Mencipta rencana (createpage)    
Memindahkan laman induk pengguna (move-rootuserpages)    
Menambah dan menggugurkan teg yang dikenakan sembarangan pada semakan dan entri log individu (changetags)     Hanya Bots dan Penyelia sahaja diberikan hak ini di WBI
Mengenakan teg di samping suntingan seseorang (applychangetags)    
Menulis ganti fail sedia ada yang dimuat naik sendiri (reupload-own)    
Pindah laman kategori (move-categorypages)     Hanya Birokrat, Bots dan Penyelia sahaja diberikan hak ini di WBI.
Sunting laman (edit)     Hanya pengguna yang disekat sahaja dibatalkan hak ini

Lihat juga rencana berkaitan sunting

Pengundian sunting

Setuju sunting

  •   Setuju - Saya bersetuju dengan usulan yang dibuat oleh saudara, elok kita melaksanakan sekatan penciptaan rencana di ms.wiki sebelum terlambat bagi menjaga kesihatan Wikipedia Bahasa Melayu. Seperti kata saudara Kurniasan, kita perlu memantau sumbangan pengguna awanama supaya mereka tidak melakukan vandalisme di sini.–Fandi89 (bincang) 04:50, 15 Ogos 2019 (UTC)

Tidak setuju sunting

Berkecuali sunting