Pengguna:Infinity Expert/Neelam Kothari
Neelam Kothari Soni | |
---|---|
Kelahiran | |
Pekerjaan | Pelakon Pereka Barang Kemas |
Tahun aktif | 1984–2001 |
Pasangan | Rishi Sethia (k. 2000) Samir Soni (k. 2011) |
Neelam Kothari Soni (lahir 9 November 1969) [1] adalah seorang pereka barang kemas dan pelakon India yang dikenali sebagai Neelam. Beliau membuat penampilan sulung dalam filem Jawaani (1984) di samping Karan Shah. Neelam kemudiannya berlakon bersama dengan Govinda dalam Love 86 (1986), Ilzaam (1986), Sindoor (1986), Khudgarz (1987), Hatya (1988), Farz Ki Jung (1989), Taaqatwar (1989) dan Do Qaidi (1989). Beliau bergandingan bersama Chunkey Pandey dalam filem Aag Hi Aag (1987), Paap Ki Duniya (1988), Khatron Ke Khiladi (1988), Billoo Badshah (1989), Ghar Ka Chiraag (1989) dan Mitti Aur Sona (1989).
Kehidupan awal sunting
Neelam Kothari dilahirkan di Hong Kong . Beliau berketurunan Gujerat - Iran.[2] Semasa kecil, beliau belajar bermain papan nada dan menari Balet Jaz. Keluarga beliau memiliki perniagaan membuat barang kemas tradisional, menghasilkan barang kemas mewah. Beliau mendapat pendidikan di Island School dan di situ beliau merupakan ahli Rutherford House. Setelah melalui zaman kanak-kanak di Hong Kong, keluarganya berpindah ke Bangkok. Neelam sedang bercuti di Mumbai ketika beliau didatangi oleh pengarah Ramesh Behl.[3] Beliau memutuskan untuk mencuba bidang lakonan dan menandatangani kontrak untuk filem <i id="mwOg">Jawaani</i> (1984) bersama Karan Shah, anak saudara Tina Munim.[4] Namun filem itu tidak berjaya secara komersial.
Kerjaya sunting
Lakonan sunting
Persembahan Kothari dalam filem sulungnya mendapat perhatian dalam kalangan warga filem dan beliau mendapat banyak tawaran. Beliaukemudiannya menjadi terkenal pada tahun 1986 kerana peranannya dalam filem Ilzaam bersama dengan pelakon lelaki baru, Govinda . Beliau membuat gandingan popular bersama Govinda dan membintangi 14 filem bersamanya dan antara filem mereka ialah Love 86 (1986), Khudgarz (1987), Hatya (1988) dan Taaqatwar (1989). Beliau membintangi 5 filem popular bersama Chunkey Pandey, seperti Aag Hi Aag (1987), Paap Ki Duniya (1988), Khatron Ke Khiladi (1988), Mitti Aur Sona (1989) dan Ghar Ka Chiraag (1989). Beliau juga membintangi filem Bengali Badnaam (1990) bersama dengan Prosenjit Chatterjee .
Beliau juga mendapat perhatian kerana penampilannya dalam filem Kuch Kuch Hota Hai pada tahun 1998, memainkan watak sebagai VJ dan dalam drama keluarga ensembel 1999, Hum Saath Saath Hain dengan memainkan peranan pendukung. Filem terakhirnya ialah Kasam yang ditangguhkan pada tahun 2001, bersama dengan Chunky Pandey . [5]
Beliau baru-baru ini membintangi sebuah siri televisyen realiti Fabulous Lives of Bollywood Wives yang mula dilancarkan di Netflix pada tahun 2020.[6] [7]
Rekaan barang kemas sunting
Walaupun meneruskan kerjayanya dalam bidang lakonan, beliau berminat dalam reka bentuk barang kemas dan terlibat dalam perniagaan keluarganya. Beliau mengikuti kursus formal dalam rekaan barang kemas[8] di Mumbai dan setelah berhenti seketika daripada bidang filem pada tahun 2001, beliau memulakan perniagaannya sendiri yang bernama Neelam Jewels. Pada tahun 2020, beliau kembali dalam filem dengan tampil dalam siri realiti yang disebut "Fabulous lives of bollywood wives." Neelam mungkin akan kembali dalam filem tidak lama lagi.[9] Beliau membuka bilik pameran di Mumbai pada tahun 2004.[10] Beliau kemudiannya melancarkan kedai brang kemasnya di Mumbai pada 25 Ogos 2011 dengan nama Neelam Kothari Fine Jewels.
Karya lain sunting
Neelam tampil dalam video muzik Hot Hot Hot Bina Mistry,[11] lagu yang merupakan sebahagian daripada kompilasi tarian popular dalam keluaran BMG 1995, yang berjudul Channel [V] Hits: The Ultimate Dance Collection. Lagu ini menjadi popular ketika ditampilkan sebagai sebahagian daripada runut bunyi bagi Bend It Like Beckham (2002).
Kehidupan peribadi sunting
Pada bulan Oktober 2000, Neelam mengahwini Rishi Sethia, anak seorang ahli perniagaan dari UK.[12] Mereka bercerai tidak lama kemudian.[13] Selepas hubungan singkat dengan pelakon Samir Soni,[14] beliau berkahwin dengannya pada tahun 2011.[15] Setelah 2 tahun berkahwin, pada tahun 2013, mereka mengambil anak angkat perempuan dan menamakannya Ahana.[16]
Pada tahun 1998, Neelam didakwa dengan Akta Hidupan Liar dan IPC kerana memburu dua antelop di Kankani semasa penggambaran Hum Saath Saath Hain, bersama bintang gandingannya Salman Khan, Saif Ali Khan, Sonali Bendre dan Tabu. Beliau dibebaskan oleh mahkamah CJM di Jodhpur pada 5 April 2018. [17]
Filemografi sunting
Year | Title | Role | Notes |
---|---|---|---|
1984 | Jawaani | Sanam | |
1986 | Ilzaam | Aarti | |
Andaz Pyar Ka | |||
Love 86 | Esha | ||
1987 | Aag Hi Aag | Aarti | |
Khudgarz | Jyoti | ||
1988 | Taaqatwar | Bijli | |
Hatya | Sapna | ||
Waqt Ki Awaz | Dancer, Singer | ||
Ghar Mein Ram Gali Mein Shyam | Jaya | ||
Khatron Ke Khiladi | Sunita | ||
Paap Ki Duniya | Aarti | ||
Sindoor | Lalita Kapoor | ||
1989 | Gharana | Lalita | |
Do Qaidi | Neelu | ||
Ghar Ka Chiraag | Kiran | ||
Hum Bhi Insaan Hain | Rekha | ||
Mitti Aur Sona | Anupama | ||
1990 | Vishnu Devaa | ||
Mandira | Bengali film | ||
Badnam | Kajol | Bengali film | |
Shankara | Seema | ||
Doodh Ka Karz | Reshma | ||
Upkar Dhoodhache | Reshma | Marathi film | |
Chor Pe Mor | Ritu | ||
Amiri Garibi | Jyoti | ||
Agneepath | Siksha Chavan | ||
Zakham | Aarti | ||
Billoo Badshah | Jyoti | ||
Farz Ki Jung | Kavita | ||
Dost Garibon Ka | Rekha | ||
1991 | Kasak | Divya | |
Meet Mere Man Ke | |||
Ranbhoomi | Neelam | ||
Indrajeet | Neelam | ||
Afsana Pyaar Ka | Nikita | ||
1992 | Ek Ladka Ek Ladki | Renu / Rani | |
Khule-Aam | Priya | ||
Sahebzaade | Chinar | ||
Laat Saab | Anju / Mona | ||
1993 | Parampara | Sapna | |
1995 | Santaan | Asha | |
Antim Nyay | Rekha | ||
1996 | Ek Tha Raja | Shilpa | |
Sauda | Jyoti | ||
Aadithya | Kannada film | ||
1997 | Mohabbat Aur Jung | Priya | |
1998 | Kuch Kuch Hota Hai | VJ Neelam | Special appearance |
1999 | Hum Saath-Saath Hain: We Stand United | Sangeeta | |
2000 | Pattar Aur Payal | ||
2001 | Kasam | Bindiya | |
2020 | Fabulous Lives of Bollywood Wives | Herself | Reality series |
Rujukan sunting
Pautan luaran sunting
- Laman web rasmi Neelam Jewelers
- Infinity Expert/Neelam Kothari di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Infinity Expert/Neelam Kothari di Bollywood Hungama
[[Kategori:Kelahiran 1969]] [[Kategori:Orang Hong Kong]] [[Kategori:Orang hidup]] [[Kategori:Orang Gujarati]] [[Kategori:Pereka India abad ke-21]] [[Kategori:Pelakon filem India]] [[Kategori:Artis dari Mumbai]] [[Kategori:Orang India keturunan Iran]]
- ^ Dhar, Pooja (9 November 2020). "Neelam Kothari's birthday: A list of the actor's 10 most popular Bollywood movies". Republic World (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-04-02.
- ^ Tahseen, Ismat (10 January 2011). "Neelam Kothari and Samir Soni get candid about their upcoming wedding". DNA India.
- ^ "NRI beauties making it big in Bollywood". window2india.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 January 2009. Dicapai pada 9 December 2008.
- ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 22 October 2008. Dicapai pada 29 June 2010.CS1 maint: archived copy as title (link)
- ^ "We had loads to sort out before marriage: Neelam". The Times of India.
- ^ "Fabulous Lives of Bollywood Wives review: All bark no bite, this desi Netflix show fails to get even trash TV right". Hindustan Times (dalam bahasa Inggeris). 2020-11-28. Dicapai pada 2021-03-05.
- ^ Bureau, ABP News (2021-03-03). "'Fabulous Lives of Bollywood Wives' To Return With Second Season On Netflix, Fans Wish To See SRK-Gauri Again On Show". ABP Live (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-03-05.
- ^ "Top 15 Jewellery Designers In India You Must Know". Jewellery Craze (dalam bahasa Inggeris). 11 July 2017. Dicapai pada 27 December 2018.
- ^ "Gulfnews: The many faces of Neelam Kothari". Diarkibkan daripada yang asal pada 15 October 2008. Dicapai pada 9 December 2008.
- ^ "Spotlight - Neelam Jewels". verveonline.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 March 2009.
- ^ Pal, Dharam (January 9, 1999). "On path to super success". The Tribune. Dicapai pada 3 August 2017.
- ^ Vetticad, Anna M M (November 6, 2000). "Actor Neelam Kothari and beau Rishi Sethia get married in Bangkok". India Today (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 17 May 2018.
- ^ "Neelam Kothari splits with beau". www.hindustantimes.com (dalam bahasa Inggeris). 6 November 2009. Dicapai pada 17 May 2018.
- ^ Khera, Japleen (2020-11-26). "Neelam Kothari and Samir Soni: Marriage, Family, Kids, How Did They Meet?". The Cinemaholic (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-04-02.
- ^ "Samir Soni weds Neelam". Rediff. 24 January 2011.
- ^ Maheshwri, Neha (2 September 2013). "Neelam and Samir Soni adopt a baby girl". The Times of India. Dicapai pada 17 April 2016.
- ^ "Blackbuck case: Jodhpur HC adjourns hearing against Saif, Sonali, Tabu, Neelam after issuing fresh notice in May" – melalui The Economic Times.