Penguasaan udara merupakan penguasaan dalam kuasa udara oleh satu pasukan tentera udara ke atas pihak lain di sepanjang kempen ketenteraan. Harus diingatkan bahawa dari segi istilah ketenteraan, penguasaan udara adalah berbeza dengan keagungan udara.

Fail:Rafale-ec-1-7.jpg
Dua buah pesawat pesawat pejuang Dassault Rafale.

Penguasaan udara membenarkan usaha-usaha pengeboman ditingkatkan selain memberi sokongan udara kepada pasukan-pasukan di darat. Selain itu, serangan pasukan payung terjun dan guguran udara juga boleh dilakukan bagi mengerakkan pasukan di darat dan menghantar bekalan. Dengan keupayaan untuk melakukan pengisian minyak di udara, permintaan untuk melakukan pengangkutan melalui udara juga boleh diminta oleh pasukan di darat. Pesawat yang diminta untuk membantu pasukan darat boleh diaturgerak dalam masa yang singkat sahaja.

Lihat juga sunting

Nota sunting

Pautan luar sunting