Pengurusan aset

Konsep Dan takrifan pengangkutan awam

Pengurusan aset, ditakrifkan secara umum, merujuk kepada sebarang sistem di mana barangan yang mempunyai nilai bagi entiti atau kumpulan dipantau dan diselengarakan. Ia boleh dipakai bagi kedua-dua aset nyata dan konsep tidak nyata seperti harta intelektual dan nama baik (“goodwill”). Pengurusan aset merupakan proses sistematik bagi mengoperasi, mengekalkan, dan menaik taraf aset secara kos efektif, (“American Associate of State Highway and Transportation Officials”). Pandangan lain mengenai pengurusan aset dari segi konsep kejuruteraan adalah: Amalan pengurusan aset supaya pulangan terbesar dicapai (konsep ini sangat berguna bagi aset penghasil seperti loji dan peralatan); dan proses yang membina sistem kemudahan yang dipantau dan dikekalkan, dengan matlamat menyediakan perkhidmatan yang sebaik mungkin kepada pengguna (sesuai untuk aset-aset infrastruktur awam). Kebanyakan pengurus wang aktif member pulangan yang lebih rendah berbanding daripada indeks, seperti Standard & Poor's 500.[1]

Latar belakang sejarah pengurusan aset sunting

Ketamadunan sentiasa bergantung kepada aset teknologi bagi menyokong fungsi utama seperti pengangkutan, perniagaan kesihatan awam, dan perdagangan. Terdapat hubungan yang jelas antara peruntukan dan kecanggihan aset teknologi dan gaya hidup moden kita. Rom membina sebuah empayar yang kuat melalui pembinaan jalan raya, akueduk dan aset lain. Perkara yang sama juga boleh ditemui di Asia, Afrika, Eropah dan Amerika.

Pengurusan aset kewangan sunting

  • Pengurusan pelaburan: Sektor industri perkhidmatan kewangan yang menguruskan skim pelaburan berkelompok dan akaun pelanggan yang terasing.
  • Aset sejagat di bawah pengurusan
  • Senarai firma pengurusan aset

Pengurusan aset perusahaan sunting

Pengurusan aset perusahaan adalah proses perniagaan dan membolehkan sistem maklumat yang menyokong pengurusan aset organisasi, kedua-duanya fizikal (seperti bangunan, peralatan, infrastruktur dan sebagainya.) dan yang tidak nyata seperti harta intelektual dan nama baik.

  • Pengurusan aset fizikal : amalan menguruskan seluruh kitaran hayat (reka bentuk, pembinaan, pentauliahan, mengendali, menyenggara, membaiki, mengubahsuai, mengganti dan penamatan / pelupusan) aset fizikal dan infrastruktur seperti struktur, loji pengeluaran dan perkhidmatan, kuasa, air dan kemudahan rawatan sisa kumbahan, rangkaian pengedaran, sistem pengangkutan, bangunan dan aset fizikal yang lain. Infrastruktur pengurusan aset mengembang tema ini terutamanya berkait dengan sektor awam, utiliti, harta dan sistem pengangkutan.
  • Pengurusan aset tetap : satu proses perakaunan yang bertujuan untuk mengesan aset tetap untuk tujuan perakaunan kewangan.
  • Pengurusan aset IT : set amalan perniagaan yang mengabungkan fungsi kewangan, kontrak dan inventori bagi menyokong kitaran hayat pengurusan dan membuat keputusan strategik berkaitan dengan persekitaran Teknologi Maklumat. Ini juga merupakan salah satu proses yang ditakrifkan dalam pengurusan perkhidmatan Teknologi Maklumat .

Pengurusan aset digital : satu bentuk pengurusan kandungan media elektronik yang turut merangkumi aset digital.

Pengurusan aset awam sunting

Pengurusan aset awam memperluaskan takrifan Pengurusan Aset Perusahaan (“Enterprise Asset Management –EAM”) dengan menggabungkan pengurusan semua hal yang mempunyai nilai kepada bidang kuasa perbandaran dan jangkaan rakyatnya.

EAM memerlukan pendaftaran aset (inventori aset dan cirri-ciri mereka) yang digabungkan dengan Sistem Pengurusan Penyelenggaraan Berkomputer . All public assets are interconnected and share proximity, and this connectivity is possible through the use of GIS . Semua aset awam saling berkait dan berkongsi kedudukan, dan kaitan ini boleh didapati melalui penggunaan GIS .

Pengurusan aset awam yang berteraskan GIS memastikan data piwaiai dan membolehkan saling boleh kendali, memberikan pengguna keupayaan untuk menggunakan semula, menyelaras, dan berkongsi maklumat dengan cara yang cekap dan berkesan.

Di Amerika Syarikat piawaian de facto GIS adalah Esri GIS untuk utiliti dan majlis perbandaran. Pelantar Esri GIS menggabungkan keseluruhan pengurusan aset samaada aset fizikal "keras" dan aset "lembut" telah membantu menyingkirkan fingsi perbandaran berstruktur terasing tradisional

Sementara aset keras biasanya fizikal atau aset infrastruktur, aset lembut perbandaran termasuk permit, lesen, penguatkuasaan kod, hak-jalan dan lain-lain aktiviti kerja berkenaan tanah adalah merupakan asset awam berkait dengan tanah yang diuruskan oleh kerajaan tempatan. Aset awam ini menduduki tempat yang sama seperti asset awam di dalam atau di atas tanah.

Pembangunan dan perancangan penggunaan tanah adalah satu lagi bidang yang saling berkait dengan aset dan aktiviti kerja kerajaan tempatan yang lain. Pengurusan asset awam adalah istilah yang merangkumi subset pengurusan aset menumpu pada tanah, memandangkan bahawa kepentingan aset awam memberi kesan pada aset awam dan aktiviti kerja yang lain dan merupakan sumber hasil penting dan titik pelbagai interaksi penduduk.


Rujukan sunting

  • Baird, G. "Defining Public Asset Management for Municipal Water Utilities". Journal American Water Works Association May 2011, 103:5:30, wwww.awwa.org
  • ESRI (pending publication) GIS-Centric Public Asset Management, 2011 by Brian L. Haslam