Pentatlon moden di Sukan Olimpik Musim Panas 2020

Pentatlon moden di Sukan Olimpik Musim Panas 2020 telah diadakan pada 5 hingga 7 Ogos 2021 di Plaza Sukan Hutan Musashino dan Stadium Ajinomoto, Tokyo. Seramai 72 atlet dari 31 negara bertanding dalam dua acara.

Pentatlon moden
di Sukan Olimpik XXXII
TempatPlaza Sukan Hutan Musashino
Stadium Ajinomoto
Tarikh5–7 Ogos 2021
Bil. acara2
Pesaing72 dari 31 negara
← 2016
2024 →

Perlawanan ini pada mulanya dijadualkan berlangsung pada tahun 2020, namun ditangguhkan ke 2021 akibat Pandemik COVID-19.[1]

Pengenalan sunting

Pentatlon moden merupakan satu pertandingan yang menampilkan lima sukan yang berlainan iaitu menembak, renang, lawan pedang, ekuestrianisme dan larian merentas desa. Pentatlon moden mula diperkenalkan dalam Sukan Olimpik pada tahun 1912. Sukan ini telah diadakan sebanyak 25 kali dengan hanya tiga acara pernah dipertandingkan (dua acara masih kekal).

Hungary menjadi negara yang paling banyak meraih pingat dalam sukan ini iaitu sebanyak 23 pingat (9 emas, 8 perak dan 6 gangsa) diikuti Sweden dengan 21 pingat dan Kesatuan Soviet dengan 15 pingat.[2]

Penyertaan sunting

Jadual pertandingan sunting

Kata kunci
LP Lawan pedang A Akhir
Schedule [3]
Date Ogo 5 Ogo 6 Ogo 7
Lelaki LP A
Wanita LP A

Pungutan pingat sunting

Jadual pingat sunting

KedudukanNOCEmasPerakGangsaJumlah
1  Great Britain2002
2  Lithuania0101
  Mesir0101
4  Hungary0011
  Korea Selatan0011
Jumlah (5 NOC)2226

Pemenang pingat sunting

Acara Emas Perak Gangsa
Lelaki Joe Choong
  Great Britain
Ahmed Elgendy
  Mesir
Jun Woong-tae
  Korea Selatan
Wanita Kate French
  Great Britain
Laura Asadauskaitė
  Lithuania
Sarolta Kovács
  Hungary

Rujukan sunting

  1. ^ "Joint Statement from the International Olympic Committee and the Tokyo 2020 Organising Committee". Olympics (dalam bahasa Inggeris). 24 Mac 2020.
  2. ^ "Modern Pentathlon at the Olympics - facts and information". Olympian Database (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Februari 2022.
  3. ^ "Schedule - Modern Pentathlon Tokyo 2020 Olympics". Olympian Database (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Mac 2020.