Perak Darul Kartun

Perak Darul Kartun (PDK) ialah buku komik kartun politik yang diterbitkan oleh syarikat Sepakat Efektif di Malaysia. Komik ini tebalnya 80 muka surat dan dijual dengan harga RM10.00 bermula Disember 2009.

Majlis pelancaran buku Perak Darul Kartun.

Pelancaran rasmi sunting

Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak Darul Ridzuan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin melancarkan komik ini pada hari Ahad, 13 Disember 2009 di Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Bukit Antarabangsa di Hulu Kelang, Kuala Lumpur. Turut hadir ialah ADUN Bukit Antarabangsa Mohamed Azmin Ali, ADUN Hulu Kelang Saari Sungib, ADUN Batu Caves Amiruddin Shari.[1]

Perak Darul Kartun dilancarkan selepas permit Gedung Kartun yang turut diterbitkan Sepakat Efektif ditarik Kementerian Dalam Negeri Ogos lalu.[2] Seperti juga Gedung Kartun, PDK menampilkan karya-karya kartun dan rencana yang mengkritik pedas kebobrokan, salah-guna kuasa, rasuah penguasa dengan 10 muka surat pertama ditumpukan kepada isu 'rampasan kuasa' di Perak oleh kerajaan BN.[3]

Penulis dan pekartun sunting

Komik ini hasil kerjasama Zunar, Ronasina (Mohd. Affandi Ramli), Jonos (Nor Azlin Ngah), Art (Azhar Saad), Orang-orang (Azlan Isa) dan Naza (Nazruddin Abu Bakar). Turut menyumbang ialah Haili, Oly, Roy, Enot, AJ, Warih, Kidol, Madsein, Kawe, Ubi Lepih, Nur, Fahmi dan Buzu. Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said, penulis, Hishamuddin Rais, Pyanhabib, Rahmat Haron, Pusparos dan Benludin turut memberi rencana dan kritikan pedas.[1]


Rujukan sunting


Pautan luar sunting