Perbincangan:Abjad Syriak

Latest comment: 16 tahun lalu by Aviator in topic Serani

Saya rasa nama yang betul ialah "Serani", bukan "Syriak". "Syriac" dalam bahasa Inggeris merujuk kepada "Syrian Cristian", dan "Serani" dalam Kamus Dewan bermaksud:

Kristian; air ~ air suci (dlm agama Kristian utk pembaptisan); masuk ~ memeluk agama Kristian; orang ~ a) orang yg beragama Kristian; b) orang peranakan drpd bangsa Eropah dgn bangsa Asia (Eurasian); c) sl orang Portugis;

WikiId pula menggunakan "Suryani", manakala dalam WikiAr, "suryaniyyah".—Aviator, 21:40, 11 November 2007 (UTC)Balas

Serani sunting

Serani biasanya merujuk kepada campuran Asia-Eropah. Oleh itu kurang sesuai sebagai bahasa Serani. Lain kali sila bincang sebelum memindahkan rencana kecuali berasaskan fakta. Yosri 01:32, 12 November 2007 (UTC)Balas

Betul kata Yosri, Serani merupakan bangsa Asia-Eropah. Dimana kaum ini boleh didapati di Malaysia dan bahagian rantau Asia lain dan di Eropah. Jadi kalau nak tukar perkataan Syriak boleh, asalkan tak lari dari maksud asalnya. — Imran Al-Sahih 09:46, 12 November 2007 (UTC)Balas
Sila rujuk petikan Kamus Dewan di atas. "Serani" boleh merujuk kepada agama Kristian atau kaum campuran Asia-Eropah (yang juga beragama Kristian). Dan, menurut en:Syriac laguage, pada zaman dahulu bahasa ini digunakan untuk meyebar ajaran Kristian di Asia. Jadi, saya rasa padanan yang paling tepat dalam bahasa Melayu ialah "bahasa Serani".—Aviator, 17:29, 12 November 2007 (UTC)Balas
Kembali ke laman "Abjad Syriak".