Perbincangan:Edaran Linux

Latest comment: 15 tahun lalu by Aviator in topic Agihan vs Edaran Linux

Agihan vs Edaran Linux sunting

Memang betul Linux Distribution patut diterjemahkan sebagai "Agiahan Linux", namun begitu, istilah yang paling kerap digunakan adalah "Edaran Linux". Termasuk di dalam seminar. — クルニア[binc|sumb] 04:05, 23 Julai 2008 (UTC)Balas

Saya yang beri nama "edaran Linux" dulu, tapi sekarang sudah yakin dengan istilah "agihan Linux". Dalam glosari komputer DBP, pelbagai istilah dengan perkataan "distribute" diterjemahkan menjadi "agih". Contohnya, "distributed network" menjadi "rangkaian teragih". Satu lagi, "agih" lebih dekat dengan maksud "berkongsi", yang merupakan matlamat utama gerakan perisian bebas.—Aviator, 04:12, 23 Julai 2008 (UTC)Balas

Hmm, sila pergi ke google. Taip keyword "Edaran Linux" dan "Agihan Linux". Anda akan dapati bukan hanya anda seorang sahaja yang menggunanakan istilah "edaran Linux" (lagipun laman ini dicipta oleh Consultan2k pada tahun 2005). "Agihan Linux" pula kurang digunakan. — クルニア[binc|sumb] 05:50, 23 Julai 2008 (UTC)Balas

Saya tidak berpandukan pakcik Google dan penggunaan popular. Banyak terjemahan yang lebih popular, akan tetapi yang tepat adalah sebaliknya. Sebagai contoh, ramai orang menggunakan "sistem operasi", tetapi yang sepatutnya "sistem pengendalian". Ramai orang menggunakan "aplikasi", tetapi yang tepat ialah "penggunaan". Begitu juga "ikon" vs. "arca", "program" vs. "atur cara", dsb.—Aviator, 06:32, 23 Julai 2008 (UTC)Balas

Tetapi anda pastikah istilah "Agihan Linux" adalah istilah yang tepat? Cuma berpandukan kepada terjemahan bagi distribution? Bagaimana sekiranya istilah yang digunakan adalah Edaran Linux? Setakat ini belum ada terjemahan piawai bagi Linux distribution, jadi saya harap kita gunakan istilah yang biasa dipakai. Lagipun, distribute tidak semestinya agih, contohnya Edaran Otomobil Nasional. Distro bukan berkaitan perkongsian, ia berkaitan dengan pakej-pakej berbeza bagi Linux (kalau saya tidak silap). — クルニア[binc|sumb] 01:25, 24 Julai 2008 (UTC)Balas

OK.—Aviator, 12:50, 26 September 2008 (UTC)Balas
Kembali ke laman "Edaran Linux".