Perbincangan:Kampung Perpindahan Mata-Mata

Latest comment: 5 tahun lalu by Zulfadli51 in topic Mengenai Perumahan Mata-Mata

Mengenai Perumahan Mata-Mata

sunting

Laman Perumahan Mata-Mata telah dilencongkan ke sini. Ini kerana Perumahan Mata-Mata mempunyai poskod yang sama dengan Kampung Perpindahan Mata-Mata – walaupun tiada dinyatakan pada laman asal Perumahan Mata-Mata namun ianya telah dipastikan setelah merujuk silang poskod di laman sesawang Jabatan Pos [1] dengan laman postcodebase [2]. Walau bagaimanapun, nama "Perumahan Mata-Mata" tidak digunakan untuk merujuk tempat ini, mungkin pada masa terdahulu ianya adalah benar tetapi pada masa ini tempat ini hanya dikenali sebagai "Perpindahan Mata-Mata". Lagipun nama "Perumahan Mata-Mata", mengikut konteks sekarang, mungkin mengelirukan kerana terdapat juga Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Mata-Mata, sebuah lagi kawasan perumahan berdekatan dengan tempat ini. Zulfadli51 (bincang) 06:54, 9 Julai 2018 (UTC)Balas

Kembali ke laman "Kampung Perpindahan Mata-Mata".