Perbincangan:Sejarah Nusantara

Latest comment: 16 tahun lalu by Pejuang bahasa in topic Kerajaan Naning

Definisi Nusantara sunting

Nusantara itu bukankah bermaksud Dunia Melayu? Maka, sejarah nusantara itu termasuklah sejarah Malaysia, Singapura, Brunei, Filipina dan beberapa negeri-negeri Melayu lain seperti Champa dan Patani? Saya sudah masukkan negeri-negeri ini, bagaimana pendapat kalian?. Terima kasihPejuang bahasa 04:34, 2 Jun 2007 (UTC)Balas

Ya saya rasa Nusantara itu bermaksud Dunia Melayu. — Master2841 10:27, 2 Jun 2007 (UTC)Balas

Sebenarnya, Nusantara mempunyai berbagai-bagai maksud. Untuk perincian, sila lihat rencana Nusantara.

Kerajaan Naning sunting

Saya kurang pasti sama ada Kerajaan Naning harus ada dalam artikel ini atau tidak. Kita semua tahu kerajaan ini tidak berdiri lama, dari 1641-1832. Merdeka selepas kejatuhan Melaka dan kalah ditangan Inggeris. Mengikut buku sejarah sekolah, kerajaan ini digambarkan lebih kepada pemberontakan terhadap Inggeris tetapi buku itu juga menyebut tentang pengumuman kemerdekannya. Malahan, kalau tidak salah saya, Negeri Sembila pun tidak mengiktiraf kemerdekaanya apatah lagi Melaka ketika zaman Portugis, Belanda dan Inggeris. Pokoknya kerajaan itu wujud. Bagaimana ya? Pejuang bahasa 16:38, 5 Jun 2007 (UTC)Balas

Kembali ke laman "Sejarah Nusantara".