Perbincangan kategori:Sistem Suria

Latest comment: 17 tahun lalu by Polar in topic Untitled

Untitled sunting

Saya menghadapi masalah untuk tarifan "Sistem suria", samaada ia khusus bagi Matahari dan Bumi, atau umum bagi semua sistem bintang yang mempunyai sistem planet. Adakah perlu menggunakan:-

  1. Sistem Suria bagi Matahari/Bumi dan tulisan kecil sistem suria bagi semua sistem bintang yang mempunyai sistem planet.
  2. Sistem Suria bagi Matahari/Bumi dan sistem solar bagi semua sistem bintang yang mempunyai sistem planet. Yosri 05:24, 19 September 2006 (UTC)Balas

Sistem suria/Sistem Suria khusus untuk sistem yg mengandungi matahari dan bumi sahaja. Untuk sistem lain, istilahnya ialah sistem bintang atau sistem najam. ...Aurora... 08:16, 19 September 2006 (UTC)Balas

Sistem solar/suria adalah untuk keluarga matahari, bumi dan apa yang ada dalam lingkungan tujuh planet lain serta bulan-bulannya (tidak ketinggalan asteroid juga). Bagi yang lain, seperti bintang, gugusan, buruj, supernova, lohong hitam, kuasar, awan nebula dan galaksi, termasuk dalam sistem najam. -- Polar 11:35, 19 September 2006 (UTC)Balas
Nampaknya sistem najam terlalu luas. Saya hanya perlukan nama bintang yang mempunyai sistem planet. Yosri 12:12, 19 September 2006 (UTC)Balas
Buat sementara ini, hanya sistem suria kita (iaitu sebahagian daripada sistem najam) sahaja yang mempunyai sistem planet yang mengorbitnya. Kerana itu dinamakan sistem suria. Tiada sistem suria lain lagi yang ditemui (memandangkan nama suria itu sendiri adalah nama lain kepada matahari kita). -- Polar 12:18, 19 September 2006 (UTC)Balas
Maaf, silap. terdapat beberapa lagi sistem planet lain. Cuma ia tidak dinamakan sistem suria kerana sistem suria hanya merujuk kepada matahari kita. (Rujuk en:Planetary system). Maaf. Polar 12:21, 19 September 2006 (UTC)Balas
Kembali ke laman "Sistem Suria".