Pergunungan Columbia

Pergunungan Columbia (Inggeris: Columbia Mountains,[1] Perancis: Chaîne Columbia) merupakan sekumpulan banjaran gunung yang terletak di tenggara British Columbia, Kanada (75%) dan selebihnya berada di Montana, Idaho dan Washington, Amerika Syarikat (25%). Pergunungan ini meliputi kawasan seluas 135,952 kilometer persegi (52,491 batu persegi) serta bersempadan dengan Peparit Pergunungan Rocky di timur, Sungai Kootenay di selatan dan pinggir Penara Interior di barat. Gunung Sir Sandford ialah puncak yang tertinggi bagi pergunungan ini dengan ketinggian 3,519 meter (11,545 kaki).

Lokasi Pergunungan Columbia.

Rujukan sunting

  1. ^ (Inggeris) Rujukan nama tempat bagi Columbia Mountains[pautan mati kekal] daripada pangkalan data laman sesawang BCGNIS GeoBC Diarkibkan 2007-10-27 di Wayback Machine oleh Integrated Land Management Bureau British Columbia

Pautan luar sunting