Perjanjian dengan Iblis

filem Indonesia

Perjanjian dengan Iblis merupakan sebuah filem seram Indonesia yang mula ditayangkan pada 10 Januari 2019 dan diarahkan oleh Ardy Octaviand. Filem ini diterbitkan oleh Pichouse Films. Filem ini dibintangi oleh Shandy Aulia, Artika Sari Devi, Aghi Narottama, Basmalah Gralind, dan Alex Abbad sebagai pelakon utama.

Perjanjian dengan Iblis
PengarahArdy Octaviand
PenulisArdy Octaviand
Husein M. Atmodjo
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiFahmi J. Saad
Disunting olehBagus Iman
Muzik olehRooftop Sound
Syarikat
penerbitan
Diedarkan oleh
Tarikh tayangan
Indonesia 10 Januari 2019
Masa tayangan
80 minit
Negara Indonesia
BahasaBahasa Indonesia
BajetRp 6 bilion
Pecah panggungRp 6,4 bilion

Sinopsis sunting

Annisa (Shandy Aulia) berkahwin dengan Bara (Aghi Narottama), seorang duda dengan seorang anak perempuan bernama Lara (Basmalah Gralind). Bara mengajaknya berkelah ke pulau yang jarang dikunjungi pelancong iaitu Pulau Bengalor agar isteri dan anak-anaknya dapat mengenali antara satu sama lain. Pulau Bengalor ternyata menyimpan misteri. Annisa terkejut dengan kemunculan seorang kanak-kanak kecil berwajah menakutkan. Lara juga melihat susuk tubuh mirip ibu kandungnya yang sudah tidak bernyawa. Bara tidak percaya dengan cerita Annisa dan Lara. Suasana yang menakutkan dan tegang ini sebenarnya mendekatkan Lara dengan Annisa. Kedua-duanya bertekad untuk melindungi satu sama lain.[1]

Pelakon sunting

Terbitan sunting

Filem ini mempunyai kos terbitan sebanyak enam bilion rupiah. Proses pembikinan filem ini mengambil masa yang agak lama, bermula daripada pemilihan bintang yang memainkan peranan dalam filem ini sehinggalah kepada cerita yang dipilih. Sekurang-kurangnya ini mengambil masa hampir setahun. Lokasi filem ini dirakam adalah di Pantai Tanjung Lesung. Rumah hantu yang menjadi prop filem itu kini musnah akibat tsunami Selat Sunda pada 22 Disember 2018.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ "Sinopsis Filem Perjanjian dengan Iblis". filmindonesia.or.id. Dicapai pada 30 Ogos 2021.
  2. ^ "Film Perjanjian Dengan Iblis Habiskan Biaya Produksi Rp6 Miliar". seleb.tempo.co. 8 Januari 2019. Dicapai pada 19 November 2021.

Pautan luar sunting