Persidangan Antarabangsa Nuklear 2009

Persidangan Antarabangsa Nuklear 2009 (INC '09) bertemakan "Memperkukuhkan Rakan Perkongsian Dalam Tenaga Nuklear" diadakan selama tiga hari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 29-30 Jun dan 1 Julai 2009.

Anjuran sunting

INC '09 dianjurkan oleh Agensi Nuklear Malaysia, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Persatuan Nuklear Malaysia (PNM) dan Persatuan Perlindungan Sinaran Malaysia (MARPA).

Tujuan sunting

  • Persediaan, pembangunan prasarana, teknologi penjanaan kuasa nuklear, perundangan dan keselamatan serta pengoperasian loji kuasa nuklear.
  • Mempromosikan penggunaan kuasa nuklear untuk penjanaan elektrik dalam menghadapi kenaikan harga dan bekalan tenaga yang terhad serta potensi ancaman terhadap alam sekitar ekoran pemanasan global.
  • Aplikasi teknologi nuklear dalam sektor perindustrian, perubatan, pertanian, penjagaan alam sekitar dan penyelidikan.

Penceramah dan peserta sunting

  • Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia Datuk Dr Daud Mohamad
  • Timbalan Ketua Pengarah IAEA Dr Yury A.Sokolov
  • Dr Sueo Machi dari Forum Industri Atom Jepun.[1]

Persidangan Antarabangsa Mengenai Neutron dan Serakan Sinar-X (ICNX 2009) juga akan diadakan yang memfokuskan kepada penyelidikan berkaitan teknologi neutron dan serakan sinar-X.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting