Pertunasan ialah sejenis pembiakan aseks yang melibatkan penerbitan suatu organisma baharu daripada suatu tunas hasil daripada pembahagian sel pada satu tapak di induk organisma asal. Contoh tunas ialah suatu kembangan dari sel yis yang terbit menjadi sel yis baharu. Memandangkan pembiakan ini adalah aseks (tidak melibatkan gamet atau pertukaran gen), organisma baharu ini ialah klon daripada organisma asal, dan akan bersifat serupa dengan organisma asal.

Organisma Hydra dengan dua tunas.

Sesetengah sel seperti sel yis Saccharomyces cerevisiae bertunas secara tak simetri, yang menerbitkan sel anak yang lebih kecil berbanding sel asal. Selain itu, terdapat juga pertunasan dalaman seperti yang berlaku pada spesies parasit seperti Toxoplasma gondii. Dalam pertunasan dalaman, dua sel anak dihasilkan di dalam sel ibu yang akan dimakan oleh sel anak sebelum pemisahan.[1] Pertunasan ini dapat menghasilkan banyak organisma anak pada satu-satu masa.

Rujukan sunting

  1. ^ James Desmond Smyth, Derek Wakelin (1994). Introduction to animal parasitology (ed. 3). Cambridge University Press. m/s. 101–102. ISBN 0-521-42811-4.