Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia

Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) telah dilancarkan oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 2013. Dimana keputusan Jemaah Menteri pada 30 Januari 2013 telah bersetuju supaya satu inisiatif atau pendekatan di kaji untuk membolehkan penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana dapat memiliki rumah dengan harga yang berpatutan. [1]

Sebagai langkah permulaan program PPA1M, YAB Perdana Menteri pada 18 April 2013 lalu telah mengumumkan program pembangunan 10,336 unit rumah bagi tujuan Program PPA1M di Putrajaya. Harga ditawarkan bagi skim perumahan ini adalah di antara RM150,000 hingga RM300,000 mengikut keluasan lantai minima tidak kurang dari 1,000 kaki persegi hingga 1,500 kaki persegi.

Selaras dengan pengumuman tersebut, Perbadanan Putrajaya telah melancarkan dan melaksanakan projek PPA1M Putrajaya (Fasa 1) dan projek ini dijangka siap pada tahun 2017 / 2018. Manakala cadangan pembangunan PPA1M Putrajaya (Fasa 2), masih dalam peringkat perancangan.

Tujuan PPA1M sunting

Program PPA1M adalah salah satu usaha yang telah diambil oleh Kerajaan bagi membantu penjawat awam memiliki kediaman yang mampu dimiliki dan berkualiti.

Kaedah Perlaksanaan sunting

Perbadanan Putrajaya bertindak sebagai penyelaras dan pelaksana kepada pembangunan Program PPA1M bagi kawasan Putrajaya, termasuklah merancang, membina, menjual, memilih pembeli dan menyelenggara bangunan ini sehingga ianya di laksanakan sepenuhnya.

Permohonan PPA1M sunting

Syarat-syarat permohonan sunting

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 16-60 tahun
  • Kepada Kakitangan Kerajaan Kategori JUSA C dan ke bawah dengan pendapatan bulanan RM10,000 ke bawah
  • Sah dalam jawatan (Tetap)
  • Tinggal / Bekerja di Putrajaya (Keutamaan)
  • Keutamaan kepada pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000
  • Pemohon / Pasangan belum memiliki PPA1M di mana-mana negeri / Putrajaya
  • Pengemukaan Borang M (Pengesahan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia - BPSM) yang lengkap
  • Patuh kelayakan Pendapatan dan Kategori rumah yang dipilih (Fasa 2)
    • Pangsapuri 850 - 950 kp (RM90,000 - RM120,000)
      • Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM6,000 (Gaji Pokok)
    • Pangsapuri 1000 kp (RM150,000 - RM220,000)
      • Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM10,000 (Gaji Pokok)
    • Pangsapuri 1200 kp (RM221,000 - RM260,000)
      • Pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM10,000 (Gaji Pokok)

Syarat-syarat pemilikan sunting

  • Sekatan Moratorium 10 tahun akan dikenakan di mana rumah yang dibeli tidak boleh dipindah milik atau dijual tanpa kebenaran kerajaan
  • Tidak boleh disewa / ditukar guna ruang (contoh: kepada pejabat, tadika, taska, dan lain-lain)
  • Tidak boleh mengubah fasad luaran rumah / mengecat semula
  • Tidak boleh ubahsuai tanpa Kebenaran Merancang Perbadanan Putrajaya
  • Tidak boleh menduduki kuarters kerajaan di dalam kawasan Putrajaya

Harga asas rumah sunting

Keluasan Harga
850 kp RM90,000 - RM120,000
1000 kp RM150,000 - RM220,000
1200 kp RM221,000 - RM260,000
1500 kp RM261,000 - RM300,000

Penentuan unit sunting

  • Melalui cabutan undian (mengikut beberapa siri cabutan)
Fasa Siri Tarikh cabutan
1 1 29 Ogos 2013
2 20 Disember 2013
3 15 April 2014
4 26 Jun 2014
5 26 Januari 2015
6 -
7 -

Kediaman PPA1M sunting

Fasa Siri Nama Lokasi Keluasan Bil. Unit Pembahagian Unit
OKU 1000 kp 1200 kp 1500 kp
1 1 Selasih Presint 17 8.266 Ekar 1000 8 416 288 288
Palma Presint 11 3.00 Ekar 263 3 87 173 0
2 Seruling Presint 5 11.857 Ekar 1062 10 426 514 112
3 Melinjau Presint 11 7.118 Ekar 650 8 278 364 0
Jintan Presint 16 5.73 Ekar 517 6 151 340 20
4 Larai Presint 6 17.702 Ekar 1680 16 536 748 380
5 Pudina Presint 17 16.50 Ekar 1500 15 585 600 300
6 Ketumbar Presint 17
7

Rujukan sunting

  1. ^ "Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia". Perbadanan Putrajaya. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)