Pesta Air Malaysia 2010

Pesta Air Malaysia 2010 diadakan di Pantai Chenang, Langkawi pada 9-11 April 2010. 120,000 pengunjung dari dalam dan luar negara dijangka hadir.Lebih 4,000 peserta tempatan dan dari Satun, Thailand akan hadir.

Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Kedah Anuar Abdul Razak menyatakan pelnbagai acara menarik disediakan. Antaranya ialah lumba perahu naga, lumba sampan, pertandingan kayak dan rakit. Acara santai dan sukaneka ialah sepak raga pantai, bola sepak pantai, bola tampar pantai serta membina istana pasir. Pengunjung boleh menyaksikan pelbagai pameran dan jualan di 30 gerai pameran dan jualan hasil-hasil tempatan termasuk kraftangan, pameran jabatan dan agensi kerajaan.[1]


Rujukan sunting