Pia ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2019 arahan Azman "Jinggo" Yahya, terbitan JS Pictures. Ia dibintangi oleh Zara Zya, Naim Daniel dan Alif Satar. Siri ini bersiaran di Slot Lestary TV3 bermula 3 April 2019 menggantikan Cinta Non Grata.[1]

Pia
GenreDrama
Cinta
Keluarga
Ditulis olehSofia J. Rhyland
PengarahAzman "Jinggo" Yahya
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Sumpah" oleh Naim Daniel
Lagu penutup"Sumpah" oleh Naim Daniel
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod15
Penerbitan
Penerbit eksekutifUzair Haqimy
Luth Mikhail
PenerbitSheila Rusly
Tempoh siaran39–40 minit
Syarikat penerbitan
JS Pictures
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Siaran asal3 Mei 2019 – 6 Jun 2019

Sinopsis sunting

Mengisahkan Pia yang tersepit di antara tugasnya sebagai seorang isteri dan tanggungjawabnya terhadap adiknya yang kurang upaya.

Selepas kedua-dua ibu bapanya dibunuh mati, Pia dibela oleh Pak Long Mat. Pia ada seorang adik yang mempunyai masalah 'celebral palsy' bernama Budi. Zafran, rakan mengaji Pia menyukai Pia sejak dari kecil hinggalah dewasa. Zafran tinggal bersama bapa dan ibu saudaranya, Ila yang bisu. Ila selalu memerhatikan gerak geri Zafran dan tahu akan perkembangan cinta Zafran dan Pia dan cuba menghalangnya.

Zafran kemudian menyambung pengajiannya ke luar negara, dan tetap meneruskan hubungannya dengan Pia. Setelah pulang semula ke tanah air, dia berkahwin dengan Pia walaupun tidak direstui Ila. Nasib tidak menyebelahi Pia apabila Zafran menghantar Budi ke pusat penjagaan kerana mahu Pia memberikan sepenuh perhatian kepadanya. Sikap cemburu buta Zafran bertukar menjadi agresif gara-gara Pia mendapat mesej dari doktor Budi.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Kesinambungan sunting

Ulangan sunting

Pia ulangan di TV9 pada 28 Februari 2023 hingga 18 April 2023 setiap Isnin dan Selasa 7:50 malam dan ulangan Selasa dan Rabu 4:50 pagi

Rujukan sunting

  1. ^ Drama Pia (Lestary TV3) MyInfoTaip (3 Mei 2019). Dicapai pada 15 Mei 2019.

Pautan luar sunting

TV3: Slot Lestary, Rabu–Jumaat, 9:00 malam
Sebelumnya Pia Berikutnya
Cinta Non Grata Adam Chempaka