Piala Emas Sultan-Sultan 1967

Piala Emas Sultan-Sultan 1967 merupakan sebuah kejohanan bola sepak yang dianjurkan oleh Persatuan Bolasepak Melayu Semenanjong. Ianya telah diadakan bermula pada 26 Februari hingga 29 Julai 1967. Kejohanan ini telah diadakan di beberapa buah stadium dan padang bola sepak di sekitar Malaysia dan Singapura. Untuk edisi kali ini, pasukan PBM Pulau Pinang akan cuba mempertahankan kejuaraan yang telah mereka menangi pada tahun 1966 yang lalu.

1967 Piala Emas Sultan-Sultan
ڤيالا امس سلطان-سلطان 1967
NegaraMalaysia Malaysia
Singapura Singapura
Tarikh26 Februari - 26 Mac (Peringkat Kumpulan)
31 Mac - 2 April (Peringkat separuh akhir)
29 Julai (Perlawanan akhir)
Pasukan13
JuaraPerlis PBM Perlis
Naib juaraSingapura PBM Singapura
1966
1968


Pasukan sunting

12 pasukan dari persatuan bola sepak Melayu (PBM) negeri dan Singapura dan sebuah pasukan bukan negeri menyertai kejohanan kali ini[1].

  •   PBM Perlis
  •   PBM Pulau Pinang
  •   PBM Kedah
  •   PBM Perak
  •   PBM Negeri Sembilan
  •   Angkatan Bersenjata Persekutuan (Tentera)
  •   PBM Selangor

  •   PBM Pahang
  •   PBM Terengganu
  •   PBM Kelantan
  •   PBM Melaka
  •   PBM Singapura
  •   PBM Johor


Peringkat kumpulan sunting

Pasukan-pasukan yang bertanding dipecahkan kepada empat kumpulan mengikut zon lokasi masing-masing.

Kawasan Utara sunting

Pasukan BP
M
S
K
JG
GB
PG
Mt
  PBM Perlis 3 2 1 0 6 2 +4 7
  PBM Pulau Pinang 0 0 0 0 0 0 0 0
  PBM Kedah 3 1 0 2 0 0 0 3
  PBM Perak 0 0 0 0 0 0 0 0
PBM Kedah  0 - 3  PBM Perlis
  35' (pen.) Shaari Ibrahim
  39' Aziz Rahim
  58' Zainol Ariffin


PBM Pulau Pinang  3 - 2  PBM Kedah
Manaf Mydin  
Manaf Mydin  
Ali Rahim  
  Azmi Ahmad
  Osman Ali


PBM Kedah  2 - 1  PBM Perak
Rasidan Omar  
Hassan Ghani  
  Yusoff Noor

PBM Perlis  1 - 1  PBM Pulau Pinang
Shaari Ibrahim   60' (pen.)   g.s' Zainol Shah

Sumber[2][3]

Kawasan Barat sunting

Pasukan BP
M
S
K
JG
GB
PG
Mt
  Tentera 0 0 0 0 0 0 0 0
  PBM Selangor 0 0 0 0 0 0 0 0
  PBM Negeri Sembilan 0 0 0 0 0 0 0 0

PBM Selangor  v  PBM Negeri Sembilan
Pengadil: Leftenan Kol. Zain

Tentera  1 - 4  PBM Selangor
Stadium Angkatan Tentera, Kuala Lumpur

Sumber[4]

Kawasan Timor sunting

Pasukan BP
M
S
K
JG
GB
PG
Mt
  PBM Kelantan 2 1 0 1 0 0 0 3
  PBM Pahang 2 1 0 1 0 0 0 3
  PBM Terengganu 2 1 0 1 0 0 0 3
PBM Terengganu  2 - 0  PBM Pahang
Rosli Hashim   15'30'


Sumber

Perlawanan ulangan
Pusingan ulangan diadakan bagi menentukan pasukan yang mendapat mata tertinggi setelah kesemua pasukan dalam Kawasan Timor ini mengumpul mata yang sama selepas selesai pusingan pertama.

Pasukan BP
M
S
K
JG
GB
PG
Mt
  PBM Kelantan 0 0 0 0 0 0 0 0
  PBM Pahang 0 0 0 0 0 0 0 0
  PBM Terengganu 0 0 0 0 0 0 0 0


PBM Terengganu  3 - 2  PBM Kelantan
Rosli Hashim   20'
Ramlan Ibrahim   30' (pen.)
Hamzah   77'
  74' Mohamed Zain Omar
  Mohamed Zain Omar
Padang Polis, Terengganu
Pengadil: Alias Abdul Hamid

Sumber[5]

Kawasan Selatan sunting

Pasukan BP
M
S
K
JG
GB
PG
Mt
  PBM Singapura 2 2 0 0 12 0 +12 6
  PBM Johor 0 0 0 0 0 0 0 0
  PBM Melaka 0 0 0 0 0 0 0 0


Sumber[6]


Peringkat kalah mati sunting

Pasukan yang mendapat tempat juara bagi setiap kumpulan akan mara ke peringkat kalah mati.

Separuh akhir Akhir
               
   PBM Perlis  
   PBM Terengganu    
       PBM Perlis 3
     PBM Singapura 0
   PBM Singapura 4
   PBM Selangor 2  

Separuh akhir sunting


PBM Singapura  4 - 2  PBM Selangor
Mahat Ambu  
Jumaat Syed   38'
Majid Ariff   52'77'
  70' Omar Yassin

Sumber[7]

Akhir sunting

PBM Perlis  3 - 0  PBM Singapura
Osman Bakar   20'
Jainuddin Rejab   59'
Khalil Hashim   72'
Pengadil: O. Hussein

Sumber[8]


Pemenang sunting

Johan Piala Emas Sultan-Sultan 1967
 
PBM Perlis


Kontroversi sunting

Perlawanan ulangan antara pasukan PBM Terengganu menentang PBM Kelantan mencetuskan kontroversi apabila pengadil perlawanan membatalkan gol penyamaan Kelantan yang dijaringkan oleh Mohamed Zain Omar. Keputusan pengadil perlawanan membatalkan jaringan gol menyebabkan penyokong-penyokong Kelantan bertindak aggresif dan khidmat polis terpaksa digunakan untuk mengiring keluar pengadil perlawanan tersebut, Encik Alias[9]. Encik Alias mengatakan bahawa keputusan membatalkan jaringan gol itu adalah tepat kerana dia mendapati pemain Mohamed Zain Omar melakukan kesalahan terlebih dahulu ke atas penjaga gol Terengganu, sebelum menjaringkan gol tersebut[9].

Persatuan Bola Sepak Melayu Kelantan (PBM Kelantan) pula mengemukakan rayuan secara rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Melayu Semenanjong (PBSM), menyatakan hasrat mereka untuk mengadakan perlawanan ulangan di antara PBM Kelantan menentang PBM Terengganu[10]. Terdapat lima sebab yang dikemukakan pihak PBM Kelantan yang menyokong alasan perlawanan ulangan sepatutnya diadakan; perlawanan sebelum ini ditamatkan tujuh minit awal sebelum tamat separuh masa kedua; pengadil perlawanan gagal memberitahu kedua-dua pasukan bahawa perlawanan dimulakan pada pukul 4.45 petang dan bukan pukul 5.15 petang; tiada nombor pemain pada jersi pasukan PBM Terengganu; pengadil perlawanan tidak memberikan sebab yang kukuh kenapa jaringan gol dibatalkan dan pengadil perlawanan juga tidak mengawal rentak permainan dengan betul[10].

Selain itu, perlawanan akhir di antara pasukan PBM Perlis menentang pasukan PBM Singapura juga mencetuskan kontroversi apabila pasukan Perlis membawa masuk Aziz Rahim pada minit ke-60, menggantikan Jumrah Ismail[8]. Berdasarkan peraturan kejohanan, pasukan tidak dibenarkan membawa masuk pemain gantian apabila perlawanan memasuki separuh masa kedua. Mansor Othman, presiden Perlis FA sedar akan peraturan itu, mengarahkan Aziz berhenti bermain dengan serta-merta. Pegawai-pegawai dari Persekutuan Bolasepak Melayu Singapura (SMFA) memprotes insiden ini dan menyebabkan permainan ditangguhkan sehingga lima minit sebelum disambung kembali[8].


Rujukan sunting

  1. ^ "Gold Cup fixtures". The Straits Times. 23 Februari 1967. m/s. 15. Dicapai pada 10 Januari 2023.
  2. ^ "Perlis hit Kedah 3-0". The Straits Times. 4 Mac 1967. m/s. 22. Dicapai pada 10 Januari 2023.
  3. ^ "PENANG 3-2". The Straits Times. 10 Mac 1967. m/s. 21. Dicapai pada 10 Januari 2023.
  4. ^ "S'gor, Kedah triumph". The Straits Times. 20 Mac 1967. m/s. 21. Dicapai pada 10 Januari 2023.
  5. ^ "Gold Cup east zone replays". The Straits Times. 6 April 1967. m/s. 23. Dicapai pada 10 Januari 2023.
  6. ^ "SUMMARY". The Straits Times. 25 Mac 1967. m/s. 16. Dicapai pada 10 Januari 2023.
  7. ^ "SOCCER S'pore enter Gold Cup final". The Straits Times. 17 April 1967. m/s. 20. Dicapai pada 10 Januari 2023.
  8. ^ a b c "PERLIS WIN BUT S'PORE OBJECT". The Straits Times. 30 Julai 1967. m/s. 16. Dicapai pada 10 Januari 2023.
  9. ^ a b "Police go to the ref's aid..." The Straits Times. 22 April 1967. m/s. 17. Dicapai pada 10 Januari 2023.
  10. ^ a b "Kelantan Malays seek Cup replay". The Straits Times. 25 April 1967. m/s. 17. Dicapai pada 10 Januari 2023.