Pok Ya Cong Codei adalah sebuah telefilem drama Malaysia 2018 yang ditulis dan diarah oleh Sabri Yunus dan ditayangkan pada 20 Januari 2018 di Astro Citra saluran 131 dan Mustika HD.

Pok Ya Cong Codei
GenreDrama
Komedi
Jenayah
FormatTelefilem
Ditulis olehSabri Yunus
PengarahSabri Yunus
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Penerbitan
PenerbitSyahid Johan
PenyuntingKhairul Amri Md Noor
Tempoh siaran136 minit
Syarikat penerbitan
Balang Rimbun Sdn Bhd
Syarikat pengedaran
Astro Entertainment
Penyiaran
Saluran asalAstro Citra
Astro Mustika HD
Siaran asal20 Januari 2018

Walaupun hanya berstatus telefilem, tayangan filem ini mendapat sambutan luar biasa di kalangan rakyat Malaysia apabila tular di media sosial berikutan penyampaian mesej di dalam filem ini amat dekat dengan masyarakat Malaysia terutama masyarakat melayu islam.[1][2]

Plot sunting

Telefilem ini mengisahkan Pok Ya (Sabri Yunus) yang merupakan seorang lelaki "gedebe" dari Kelantan. Dia mendapat tugasan dari rakan lamanya iaitu Datuk Sahak (Mustapha Kamal) untuk mencari anaknya yang diculik di Kuala Lumpur.

Pelakon sunting

  • Sabri Yunus sebagai Pok Ya
  • Fikry Ibrahim sebagai Rasdan
  • Uqasha Senrose sebagai Aina
  • Mustapha Kamal sebagai Datuk Sahak
  • Saidi Sabri sebagai Halim
  • Hadi Nawawi sebagai Sero
  • Ku Hanafi Ku Harun sebagai Nasir Badak
  • Mazlan Sulaiman sebagai Eah Chuu
  • Laila Nasir sebagai Mak Rasdan
  • Anne Abdullah sebagai Datin
  • Ja'a Zakaria sebagai Pian
  • Mohd Ali Osman sebagai Wak Kardi
  • Zee Khan Hussien sebagai Isteri Pok Ya
  • Atiq Irfan sebagai mat din
  • Jesse Lim sebagai Tony

Kesinambungan sunting

Kesinambungan telefilem ini, Pok Ya Cong Codei, Siti di Hati akan memulakan tayangan perdana di Astro Citra pada 30 Jun 2018, dengan penambahan pelakon baru termasuk Mawar Rashid dan Issey Fazlisham.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ "Ada apa dengan Pok Ya Cong Codei". Dicapai pada 26 Januari 2018.
  2. ^ "Kenapa Pok Ya Cong Codei Tular Di Kalangan Netizen?". Dicapai pada 28 Januari 2018.
  3. ^ "Pok Ya Cong Codei 2 daripada Sabri Yunus". Dicapai pada 19 Jun 2018.

Pautan luar sunting