Poliester ialah kategori polimer yang mengandungi kumpulan berfungsi ester pada rantai utamanya . Istilah "poliester" sebagai suatu bahan tertentu biasanya merujuk kepada salah satu jenisnya iaitu polietilena tereftalat atau singkatannya PET. Kategori ini termasuk bahan kimia semulajadi seperti kutin daripada kulit ari tumbuhan serta bahan sintetik melalui pempolimeran pertumbuhan berlangkah (step-growth polymerization) seperti polibutirat. Poliester semula jadi serta beberapa jenis poliester sintetik boleh terurai secara semulajadi, namun tidak pada kebanyakan poliester sintetik yang lain. Bahan ini digunakan secara meluas dalam pembuatan pakaian.

Kain poliester.

Gentian poliester kadangkalanya ditenun bersama gentian semula jadi untuk menghasilkan kain dengan pelbagai sifat yang diingini. Kain campuran kapas dan poliester (sebagai polycotton) bersifat kuat, tahan koyak dan remukan serta kurang mengecut. Gentian sintetik menggunakan poliester yang lebih kalis air, angin dan persekitaran jika dibandingkan dengan gentian terbitan tumbuhan. Gentian-gentian campuran ini juga kurang kekalisan apinya dan boleh cair saat ia dibakar.[1]

Poliester juga digunakan untuk membuat botol, filem, terpal, kanu, paparan hablur cecair, hologram, penapis, filem dielektrik untuk kapasitor, penebat filem untuk wayar dan pita. Poliester digunakan  secara meluas sebagai bahan kemasan pada produk kayu bermutu seperti gitar, piano dan dalaman kenderaan/kapal layar. Sifat tiksotropik (thixotropic) poliester semburan menjadikannya ideal untuk kayu berira terbuka kerana ia boleh cepat mengisi ira kayu dengan suatu lapisan tebal setiap semburan. Poliester yang dirawat boleh dikertaspasirkan dan digilap untuk menghasilkan kemasan yang bergilapan tinggi dan tahan lama.

Sintesis sunting

Sintesis poliester biasanya dicapai oleh tindak balas polipenyejatan. Persamaan umum untuk tindak balas diol dengan diasid ialah :

(n+1) R(OH)2 + n R´(COOH)2 → HO[ROOCR´COO]nROH + 2n H2O

Rujukan sunting

  1. ^ Mendelson, Cheryl (17 Mei 2005). Home Comforts: The Art and Science of Keeping House. Simon and Schuster. ISBN 9780743272865.