Negara Jerman mula menggunakan poskod pada 25 Julai 1941, dengan sistem dua angka yang awalnya digunakan hanya untuk menghantar bungkusan tetapi kemudian diluaskan untuk semua jenis penghantaran. Sistem ini digantikan pada tahun 1962 di Jerman Barat dengan sistem empat angka; tiga tahun kemudian, Jerman Timur melaksanakannya dengan sistem empat angka yang tersendiri. Sebelum bersatu, Republik Persekutuan (Barat) meninggalkan beberapa julat nombor dalam sistem pos mereka—dengan harapan Republik Demokratik (Timur) akan bersatu semula nanti—dengan tidak menggunakan kod-kod yang bermula dengan '1' (kecuali 1000 untuk Berlin Barat) dan '9'. Sementara itu, Republik Demokratik Jerman menggunakan sistem kod yang bermula dari '1' hingga '9', khas untuk Jerman Timur.

Hari ini, poskod Jerman terdiri daripada lima angka sejak 1993. Antara tahun 1990 dan 1993, kod-kod empat angka di barat ditulis dengan huruf "W" (untuk "West", "barat" dalam bahasa Jerman), dan di timur dengan huruf "O" (untuk "Ost", "timur"). Sistem barat mengekhaskan beberapa julat nombor untuk apabila Jerman Timur dan Barat mungkin bersatu semula. Walaupun begitu, pada tahun 1990-an sistem baru dibuat. Pekan-pekan dan bandar yang lebih besar dibahagikan kepada kawasan poskod yang berasingan (sistem lama membubuh nombor lagi dengan tidak konsisten selepas nama-nama bandar), dan syarikat-syarikat yang menerima banyak pos boleh diberikan kod khas sendiri. Dengan sistem ini, saiz bandar tidak boleh lagi diagak dengan berapa banyak sifar yang terdapat dalam poskodnya (seperti 2000 untuk Hamburg atau 8000 untuk Munich).

Peti-peti pejabat pos disusun mengikut rak secara berkumpulan. Setiap rak diberikan poskod yang tersendiri.

Sistem 1993 membahagikan Jerman pada dua tahap zon geografi. Tahap pertama (Postleitzonen) membahagikan mengikut wilayah dan tahap kedua (Postleitregion) adalah untuk kawasan khas di dalam wilayah tersebut, contohnya, 1 bermaksud Jerman Timur Laut, dan 10 ialah kawasan yang khusus di pusat Berlin.

Peta Postleitzahl Jerman menunjukkan dua nombor pertama poskod. Garisan hijau menandakan sempadan negeri, yang tidak selalu padan dengan kawasan poskod.
Rak-rak peti surat di pejabat pos Jerman di kawasan poskod Duisburg. Nombor teratas ialah poskod (PLZ= Postleitzahl) untuk rak-rak yang berasingan.

Pada 31 Disember 2007, zon-zon mempunyai keluasan dan populasi berikut:

Leitzone Keluasan (km2) Populasi Kawasan yang dimasukkan Bandar-bandar besar
0 37,187.8 6,819,607 Sachsen, bahagian-bahagian selatan Sachsen-Anhalt dan Brandenburg, bahagian timur Thüringen Dresden, Leipzig, Halle, Chemnitz, Cottbus, Jena
1 47,642.4 7,034,541 Berlin, bahagian-bahagian besar Brandenburg dan Mecklenburg-Vorpommern, bahagian-bahagian kecil Sachsen Hilir dan Sachsen-Anhalt Berlin, Potsdam, Frankfurt (Oder), Rostock, Schwerin
2 44,207.4 8,691,409 Hamburg, Schleswig-Holstein, bahagian utara Sachsen Hilir, Bremen, sebahagian kecil Mecklenburg-Vorpommern Hamburg, Lübeck, Kiel, Bremen, Bremerhaven, Oldenburg
3 45,488.1 9,012,212 bahagian selatan Sachsen Hilir, bahagian timur Westphalia, bahagian-bahagian utara Hesse, Thüringen dan Sachsen-Anhalt Hanover, Bielefeld, Kassel, Fulda, Gießen, Göttingen, Brunswick, Magdeburg
4 20,212.3 10,331,535 bahagian barat laut North Rhine-Westphalia, bahagian barat daya Sachsen Hilir Düsseldorf, Dortmund, Essen, Duisburg, Bochum, Wuppertal, Bielefeld, Münster, Mönchengladbach, Gelsenkirchen, Oberhausen, Osnabrück
5 28,834.5 9,233,815 bahagian barat daya North Rhine-Westphalia, sebahagian besar Rhineland-Pfalz, sebahagian kecil Hesse Cologne, Bonn, Aachen, Mainz, Koblenz, Trier
6 17,247.9 7,540,503 bahagian-bahagian selatan Hesse, Rhineland-Pfalz, Saarland, bahagian-bahagian kecil Bavaria dan Baden-Württemberg Frankfurt (Main), Wiesbaden, Darmstadt, Saarbrücken, Heidelberg, Mannheim, Aschaffenburg
7 27,864.2 8,715,898 sebahagian besar Baden-Württemberg, sebahagian kecil Rhineland-Pfalz Stuttgart, Tübingen, Freiburg, Konstanz, Baden-Baden
8 36,427.2 7,675,001 bahagian selatan Bavaria, bahagian tenggara Baden-Württemberg Munich, Rosenheim, Augsburg, Ulm, Ingolstadt
9 47,803.7 7,163,416 bahagian utara Bavaria (Franken), sebahagian besar Thüringen, sebahagian kecil Baden-Württemberg Nuremberg, Würzburg, Erfurt, Weimar, Eisenach, Bamberg, Bayreuth

Terdapat tiga negeri (Sachsen, Saarland dan Schleswig-Holstein), selain negeri-negeri kota (Berlin, Bremen dan Hamburg), yang semuanya terletak dalam satu zon poskod, manakala tiga negeri (Sachsen Hilir, Saxony-Anhalt dan Baden-Württemberg) meliputi empat zon poskod.

Sejarah sistem kod pos di Jerman sunting

Zaman dahulu sunting

Dengan cap-cap nombor cincin, pada tahun 1853 khidmat pengeposan Thurn-und-Taxis-Post memberikan setiap kawasan julat numbor yang tersendiri. Bermula dengan nombor 338 yang diberikan kepada pejabat pos di Lehesten pada 1 Oktober 1854, nombor-nombor ditetapkan secara rawak untuk setiap kawasan.

Pada tahun 1917, Carl Bobe membahagikan Jerman mengikut bandar raya, daerah dan mukim supaya lebih tersusun.

Pautan luar sunting