MILGEM adalah satu projek kapal perang kebangsaan dari Republik Turki untuk Tentera Laut Turki. Projek ini bertujuan untuk membangunkan kapal frigat dan korvet pelbagai guna yang boleh diaturgerak untuk melaksanakan pelbagai misi seperti pengawasan, peninjauan, amaran awal, peperangan anti kapal selam, permukaan ke permukaan, permukaan ke udara dan operasi amfibia.

TCG Heybeliada di Laut Mediterranean

Setakat tahun 2018, projek MILGEM merangkumi empat buah korvet peperangan anti kapal selam kelas Ada dan sebuah korvet ELINT, empat frigat pelbagai peranan kelas Istanbul dan pembinasa peperangan anti udara kelas TF2000 yang akan dibina dan diserahkan kepada Tentera Laut Turki, empat buah korvet kelas Babur untuk Tentera Laut Pakistan.

Nama projek ini diterbitkan frasa "Kapal Kebangsaan" dalam Turki - Milli Gemi.

Kapal-kapal sunting

 
TCG Burgazada

Korvet kelas-Ada sunting

Frigat kelas TF-100 sunting

Pembinasa kelas TF-2000 sunting

Projek MILGEM Pakistan sunting

Eksport sunting

Berdasarkan pada laporan berita CNN Türk pada 27 September, 2008, tentera laut Kanada, Pakistan, Bangladesh, Ukraine dan sejumlah negara Amerika Selatan telah menyatakan minat untuk mendapatkan kapal perang dari projek MILGEM.[1][2]

Pakistan sunting

Pada 5 Julai 2018, ISPR dari ketenteraan Pakistan telah mengumumkan bahawa sebuah firma Turki telah memenangi tender untuk membina empat buah korvet MILGEM untuk Tentera Laut Pakistan. Menteri Pertahanan Turki, Nurettin Canikli, memperincikan perjanjian ini sebagai “eksport pertahanan Turki terbesar dalam satu perjanjian.”[3]

Menjelang bulan September 2018, beberapa perincian timbul bahawa korvet untuk Tentera Laut Pakistan akan memiliki sistem pendorongan CODAD dan bukannya CODAG, oleh itu akan meningkatkan ketahanan di laut dari 10 kepada 15 hari. Selanjutnya, kapal pertama akan dibina dalam masa 54 bulan manakala kapal-kapal selebihnya masing-masing akan dibina dalam masa 60, 66 and 72 bulan.[4]

Korvet kelas Babur merupakan salah satu platform permukaan paling maju dari segi teknologi untuk armada Tentera Laut Pakistan. Istiadat meletakkan lunas untuk kapal ketigat kelas MILGEM telah dilakukan. Korvet ini akan siap pada tahun 2024.[5][6]

Pada 29 September 2019, secara kebetulan upacara pentauliahan TCG Kınalıada yang dihadiri oleh Presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan diadakan bersama dengan upacara pemotongan keluli untuk kapal MILGEM pertama bagi Tentera Laut Pakistan.[7] Korvet pertama untuk Pakistan yang dinamakan sebagai PNS Babur telah dilancarkan pada 15 Ogos 2021.[8] Pada 8 November 2021, Pakistan mengadakan upacara meletakkan lunas bagi korvet MILGEM keempat dan terakhir untuk Tentera Laut Pakistan.[9]

Ukraine sunting

Pada bulan Disember 2020, Tentera Laut Ukraine telah menandatangani satu perjanjian dengan Presidency of Defense Industries dari Turki untuk membina korvet kelas-Ada di limbungan Okean, Mykolaiv, Ukraine.[10]

Rujukan sunting

  1. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-25. Dicapai pada 2014-05-11.CS1 maint: archived copy as title (link)
  2. ^ (dalam bahasa Turki) News video of TCG HEYBELİADA being put to sea, CNN Türk TV, 27 September 2008
  3. ^ "Turkish Firm Wins Tender to Build Four Corvettes for Pakistan Navy". www.defenseworld.net. Dicapai pada 2018-07-05.
  4. ^ "T129 ATAK Helicopters and ADA Class Corvettes Sale to Pakistan". www.defenceturkey.com. Dicapai pada 2018-09-11.
  5. ^ "Keel laying ceremony of Pakistan Navy's MILGEM class warship held". The Express Tribune (dalam bahasa Inggeris). 2020-10-25. Dicapai pada 2020-10-27.
  6. ^ APP (2021-01-24). "Erdogan launches welding of 3rd Milgem warship being constructed for Pakistan Navy". DAWN.COM (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-01-24.
  7. ^ "Turkey commissions final Ada-class corvette Kinaliada". NavalToday. 30 September 2019. Dicapai pada 30 September 2019.
  8. ^ "Turkish Shipyard launches the first PN MILGEM-class corvette for Pakistan". Naval Post. 15 August 2021. Dicapai pada 15 August 2021.
  9. ^ GDC (2021-11-07). "Pakistan Held Keel-laying Ceremony For Fourth MILGEM Corvette". Global Defense Corp (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-11-08.
  10. ^ AA, DAILY SABAH WITH (2020-12-22). "Turkey-made Ukrainian navy corvettes to be built in Okean shipyard". Daily Sabah (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-12-22.

Pautan luar sunting