Proton Exora merupakan model Proton jenis MPV bersaiz segmen C yang dilancarkan pada 15 April 2009 [2] dan pengeluaran terakhirnya pada 18 Oktober 2023 [3]. Sebanyak 196,583 unit Proton Exora dijual sepanjang 14 tahun pengeluarannya. Proton Exora masih mencatatkan jualan tertinggi pada bulan terakhir pengeluarannya dan masih memonopoli pasaran MPV segmen C di Malaysia [4]. Proton Exora merupakan rekaan tempatan dan bukan rebadge daripada mana-mana jenama automobil asing.

Proton Exora
Proton Exora H-Line Automatik
Maklumat
PengilangProton
Pengeluaran2009 - 2023
KelasMPV
EnjinCampro CPS[1]
Jarak rodaTemplat:Auto mm
BerkaitPerodua Alza

Prestasi sunting

Spesifikasi enjin


CPS 1.6

  • 4 kelajuan AT / 5 kelajuan MT
  • S4PH DOHC
    • Sistem bahan api Suntikan berbilang titik (MPI)
    • Kuasa kuda : 125 bhp (93 kW; 127 PS) @ 6,500 rpm
    • Kilasan : 150 N-m @ 4,500 rpm
    • Kelajuan maksimum : 165 km/j

Kerangka Proton Exora menggunakan reka bentuk topang MacPherson di bahagian hadapan dan bim kilasan di bahagian belakang.[5] Ia berukuran 4,592mm panjang, 1,809mm lebar dan 1,691mm tinggi dengan jarak roda 2,730mm.[5] Ia digerakkan oleh enjin Campro CPS yang menjana 125 kuasa kuda dan 150 N-m kilasan,[6] menghasilkan kelajuan maksimum 165 km/j dan penggunaan bahan api purata 7.2 L/100 km.[7] Kotak gear yang digunakan adalah serupa dengan jenis yang digunakan pada Proton Waja dan Proton Gen-2 tetapi dengan nisbah penurunan akhir yang lebih tinggi untuk membantu aliran kuasa.[8]

Exora menampilkan Modul Kawalan Badan yang membenarkan pengaktifan dan konfigurasi automatik bagi pelbagai fungsi kenderaan seperti penguncian pintu, pencahayaan dalaman, lampu hadapan, lampu brek dan pengelap cermin hadapan.[5]

Keselamatan sunting

 
Kerangka keluli tegangan tinggi, dipamerkan semasa Minggu Teknologi Proton.

Exora dianugerahkan 4 bintang dalam penarafan EuroNCAP selepas 32 buah Exora dihantar menjalani ujian perlanggaran di pusat ujian perlanggaran Applus+ IDIADA di Sepanyol. Selain itu, Exora turut dianugerahkan penarafan 4 bintang oleh program penilaian MyVAP.[9][10] Salah satu daripada ciri utama yang membolehkan penarafan tersebut dicapai ialah melalui penggunaan keluli tegangan bagi kerangka badan, memberikan kestabilan yang lebih baik serta penyerapan kesan perlanggaran yang lebih baik semasa kemalangan. Bar impak tepi juga dipasang bagi mengukuhkan kerangka pintu serta bagi menyerap kesan perlanggaran dari arah tepi.[10]

Ciri-ciri keselamatan lain termasuklah sistem brek cegah kunci (ABS) untuk mengelakkan kenderaan daripada tergelincir semasa membrek kecemasan serta sistem pengagihan daya brek elektronik (EBD) untuk memastikan kuasa membrek yang betul dihantar ke roda yang betul mengikut agihan berat kereta. Dua beg udara hadapan serta tali pinggang keledar prategangan turut dipasang bagi penumpang hadapan.[10]

Sejarah sunting

Peraduan Namakan Proton MPV sunting

Proton mengumumkan peraduan menamakan model Proton MPV untuk mencari nama yang sesuai untuk model MPV ini, sebagaimana sebelum Proton Saga generasi pertama hendak dikeluarkan pada tahun 1985. Tarikh tutup peraduan ini adalah pada 30 September 2008.

Keputusan peraduan tersebut telah diumumkan pada 17 Februari 2009. Nama Proton Exora dipilih daripada pemenang hadiah utama Peraduan Namakan Proton MPV iaitu Norsholihan Bt Abdul Eanich. Nama Exora diambil daripada nama saintifik bagi bunga siantan.[11]


Rujukan sunting

Pautan luar sunting