Puak-puak Israel
Puak-puak
Topik berkaitan

Puak Reuben (

) adalah salah satu daripada puak-puak Israel.

Sejak daripada penaklukkan tanah oleh Joshua sehingga penubuhan Kerajaan Israel pertama sekitar tahun 1050 SM, puak Reuben merupakan sebahagian dari persekutuan longgar puak-puak Israel. Tiada sebuah kerajaan pusat yang wujud, dan semasa krisis rakyat akan dipimpin oleh para pemimpin ad hoc yang dikenali sebagai Para Hakim. (lihat Kitab Para Hakim). Dengan peningkatan ancaman serangan mendadak dari Philistine, puak-puak Israel memutuskan untuk membentuk kerajaan beraja pusat yang kuat bagi menempuh cabaran, dan Puak Reuben menyertai kerajaan dengan Saul sebagai raja pertama mereka. Selepas kematian Saul, kesemua puak selain Puak Judah kekal setia bersama Kerabat Saul, tetapi selepas kematian Ish-bosheth, anak lelaki Saul dan pewaris kepada takhta Israel, Puak Reuben menyertai puak-puak Israel lain di utara mengangkat Daud, yang kemudian menjadi raja Judah, raja bagi Kerajaan Israel yang disatukan semula. Walaubagimanapun, semasa pentabalan Rehoboam, cucu Daud sebagai raja, pada sekitar tahun 930 SM, puak-puak di utara berpecah dari Kerabat Daud untuk membentuk Kerajaan Israel sebagai Kerajaan Utara. Reuben merupakan ahli dalam kerajaan ini sehingga kerajaan ini ditakluk oleh Assyria pada sekitar tahun 723 SM dan para penduduknya dihalau keluar.

Sejak dari itu, Puak Reuben dikira sebagai salah satu daripada Sepuluh Puak Yang Hilang dari Israel.

Nasib sunting

Sebagai sebahagian daripada Kerajaan Israel, wilayah Reuben telah ditakluki oleh Assyria, dan hidup dalam buangan; dan cara buangan mereka menyebabkan sejarah lanjut mereka luput dari sejarah.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  • Kemasukan ini memasukkan teks dari domain awam Kamus Injil Easton, asalnya diterbitkan pada 1897.