Pulau Setindan merupakan satu salah daripada pulau yang tempat tumpuan pelancong di mukim Tenglu, Daerah Mersing, Johor, Malaysia, sebagai tempat beriadah dan bersuka-ria bersama keluarga.[1] Keindahan Pulau Setindan yang mempunyai pantai berpasir yang indah dan air yang jernih untuk para pengunjung berkelah dan mandi-manda bersama keluarga. Di Pulau Setindan, para pengunjung dapat melakukan aktiviti di pantai seperti bermain layang-layang dan membina istana pasir sepanjang hari dan berehat bersama keluarga di situ dan menikmati keindahan alam semula jadi.

Pulau Setindan yang terletak di mukim Tenglu, daerah Mersing ini amat popular dikalangan pengunjung tempatan dan luar tempat yang ingin lari daripada kesibukan kota dan mendapat ketenangan dan menikmati suasana pulau yang tenang dengan air laut yang jernih. Tidak hairanlah mengapa para pengunjong yang melawat mukim Tenglu, daerah Mersing pasti tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke Pulau Setindan dan meneroka keindahan pantai sambil menikmati pelbagai juadah tempatan yang terdapat di gerai-gerai berhampiran untuk beriadah bersama keluarga dan menikmati suasananya yang sepi dan tenang. Pengunjung ke Pulau Setindan bukan sahaja dapat menikmati suasana di yang sepi dan tenang, malah pelbagai kemudahan lain turut disediakan seperti aktiviti berkayak, restoran, kemudahan internet, dan pakej percutian dengan harga yang berbaloi.

Geografi sunting

Pulau Setindan merupakan Pulau yang terletak di negeri Johor. Ia menjadi tumpuan pengunjung tempatan dan luar ke mukim Tenglu, daerah Mersing di negeri Johor. Pulau Setindan memiliki iklim tropika dan airnya kekal suam sepanjang tahun, selesa untuk berenang. Terdapat banyak kekayaan semulajadi seperti batu-batu karang dan hidupan-hidupan laut yang menawan menanti untuk diterokai melalui aktiviti snokel. Suhu air berlegar sekitar 29 hingga 30°C sepanjang tahun sungguhpun ia boleh turun beberapa darjah pada musim tengkujuh pada penghujung tahun.

Pulau Setindan mengadap ke arah laut China Selatan yang luas, dengan itu mengalami musim tengkujuh dengan gelombang besar pada penghujung tahun akibat tiupan angin timur laut. Keadaan ini menghalang nelayan daripada turun ke laut dan menjadikan aktiviti mandi-manda kurang sesuai akibat ombak besar dan kuat yang melanda kawasan pantai.


Sejarah sunting

Pembukaan sunting

Fauna dan flora sunting

Pulau Setindan memiliki tumbuhan tropika dan hutan malar hijau.

Kemudahan sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting